It’s coming home.

Setelah menanti 28 tahun lamanya, England akhirnya menamatkan ‘badi suku akhir’ Piala Dunia selepas menewaskan Sweden pada hujung minggu lalu. Menunggu mereka di separuh akhir ialah satu lagi pasukan yang begitu cemerlang dalam Piala Dunia edisi kali ini, Croatia.

Mengapa skuad The Three Lions pada kali ini berjaya layak sehingga ke jauh ini, sesuatu yang generasi emas England yang pernah dibarisi Steven Gerrard, Frank Lampard, Michael Owen, David Beckham, John Terry dan lain-lain tidak mampu lakukan? Sebab hubungan sesama pemain kali ini lebih erat kerana mereka bermain Fortnite bersama.

Dalam temuramah ketua pasukan Harry Kane bersama BBC Sport, beliau telah mendedahkan yang beliau dan beberapa rakan lain meluangkan masa mereka di Rusia dengan bermain Fortnite. Ketika ditanya apakah aktiviti yang beliau gemar lakukan di Rusia selain menjaringkan gol, ini jawab Kane:

“Bermain Fortnite. Ia mengisi masa dengan baik. Ada beberapa pemain daripada kita bermain beberapa pusingan dalam game ini.”

Kata Kane lagi, isterinya ada memerlinya dengan mengatakan yang skuad mereka itu umpama sedang bercuti dengan sekumpulan rakan lelaki – hanya bermain Fortnite dan tiada anak-anak untuk dijaga.

Kalau korang menyaksikan perlawanan England menentang Sweden itu, korang akan dapat melihat Dele Alli yang menjaringkan gol kedua meraikan jaringannya dengan salah satu emote dalam Fortnite. Korang boleh saksikannya di bawah:

Persoalan yang patut kita tanya kepada mereka sekarang, mampukah skuad England ini pulang ke tanah air dengan membawa Victory Royale?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.