Selamat jalan, Astori.

Awal bulan ini, dunia bola sepak, khususnya arena bola sepak Itali telah dikejutkan dengan kematian kapten pasukan Fiorentina, Davide Astori. Mendiang telah meninggal dunia semasa dalam tidur, dikatakan mempunyai masalah jantung atas faktor semulajadi – meninggalkan kita semua pada 4 Mac pada umur 31 tahun.

Dihadiri ribuan penyokong bola sepak Itali semasa hari pengebumiannya, Astori telah meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuan. Nombor yang pernah beliau guna di Fiorentina, iaitu nombor 13 telah dibersarakan bagi menghormati pemergian Astori.

Terbaru EA Sports telah mengesahkan, bahawa Astori akan tetap dikekalkan dalam FIFA 18. Apabila para pemain masuk ke dalam FIFA 18 sekarang, korang akan dipaparkan dengan satu kenyataan daripada EA Sports.

EA menjelaskan yang keputusan untuk mengekalkan Astori dalam game adalah permintaan daripada kelabnya. Walau bagaimanapun, nama mendiang akan digugurkan daripada pek pemain dalam mode FIFA Ultimate Team (FUT).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.