Banyak penambahan yang dirancang telah diedahkan untuk game racing ini.

Antara kekurangan Gran Turismo Sport yang dikritik oleh para peminat adalah ketiadaan single-player campaign tradisional yang sentiasa ada dalam siri game ini. Terbaru, Polyphony Digital telah mendedahkan bahawa mereka mendengar maklumbalas pemain dan akan menambahnya kembali tidak lama lagi.

Diumumkan melalui PlayStation Blog, single-player campaign ini digelar GT League dan akan dilancarkan pada Disember ini – satu mode yang diinspirasikan daripada GT Mode daripada siri-siri game sebelum ini.

Seperti juga single-player campaign yang sering ada dalam francais ini, GT League akan menampilkan siri-siri pertandingan, bermula dari tahap “beginner” hinggalah kepada “pro”. Di bawah adalah screenshots daripada GT League yang dikongsikan oleh Polyphony:

Tetapi, kalau korang dah tak sabar untuk dapatkan kandungan terbaru untuk GT Sport, jangan risau kerana terdapat kemaskini yang lebih awal akan dilancarkan. Pada 27 November ini, Patch 1.06 akan dikeluarkan – tiga buah kereta baru akan ditambah, bersama-sama dengan perubahan-perubahan kecil kepada gameplay. Tiga buah kereta tersebut adalah:

ISO Rivolta Zagato VGT

Audi R18

Shelby Cobra 427

Di samping itu, juga pada bulan Disember nanti, lebih banyak kereta akan ditambah. Di bawah adalah senarai yang telah didedahkan oleh Polyphony:

  • Mazda RX-7 Spirit R Type A (FD)
  • Nissan Skyline GT-R V・spec II (R32)
  • Nissan Skyline GT-R V・spec II Nür (R34)
  • Ford F-150 SVT Raptor
  • Lamborghini Countach LP400
  • Ferrari F40
  • Ferrari Enzo Ferrari
  • KTM X-BOW R
  • Suzuki Swift Sport
  • Volkswagen Sambabus Typ 2 (T1)
  • Chris Holstrom Concepts 1967 Chevy Nova
  • Chevrolet Corvette Stingray Convertible (C3)

Mereka turut mengumumkan bahawa dari sekarang hingga ke Mac 2018, sebanyak kira-kira 50 buah kereta telah dirancang untuk ditambah ke dalam GT Sport, dan seterusnya mereka akan menambah lebih banyak kandungan selepas itu seperti penambahan trek baru.

Gran Turismo Sport kini boleh dimainkan secara eksklusif di PS4.

JomBaca: Sony Tampilkan Daniel Sturridge Dan Eric Dier Dalam Iklan Promosi Gran Turismo Sport

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.