Mechwarrior 5: Mercenaries Akan Menampilkan First Person, Single Player Campaign!

Jom kita tengok video gameplay terbaru game ini!

Piranha Games, developer bagi Mechwarrior Online telah mengumumkan siri terbaru Mechwarrior di Mech Con 2016. Game ini yang dinamakan Mechwarrior 5: Mercenaries akan menampilkan benda yang paling diminta para peminat – single-player campaign.

Dalam story mode ini, korang akan memainkan watak seorang rooki pilot dan korang akan mendapat kontrak daripada pelbagai factions! Seperti game multiplayer free-to-playnya, korang akan bermain dari perspektif single player, daripada dalam Battlemech!

Developer berkata, gameplay Mechwarrior 5 akan menampilkan elemen-elemen taktikal dan penyenggaraan yang diminta oleh peminat Mechwarrior – sama seperti yang terdapat di dalam Mechwarrior Online. Game ini juga disahkan akan dibangunkan bagi platform VR!

Mechwarrior 5: Mercenaries sedang dibangunkan dan akan diterbitkan pada tahun 2018.

Comments

comments