Mavericks: Proving Grounds mungkin boleh menjadi trend terkini untuk game battle royale di mana pemain PlayerUnknown’s Battlegrounds cuba untuk mencari sesuatu yang lebih daripada apa yang mereka sedang bermain sekarang.

Sama ada grafik yang lebih tinggi atau jumlah pemain yang lebih ramai, pembangun Automaton Games sedang cuba untuk memanfaatkan kejayaan genre tersebut dengan sebuah projek yang mempunyai cita-cita besar. Teaser trailer untuk game tersebut telah dikeluarkan.

Walaupun trailer di atas tidak memaparkan sebarang bentuk gameplay dan hanya memaparkan bayang-bayang seorang pemain sedang berlari dalam hutan, trailer ini memberikan sedikit rasa tentang apa yang akan hadir dari segi matlamat grafik game tersebut.

Babak seperti di padang dan hutan, penggunaan god rays, paparan dedaunan yang terperinci dan bunyi-bunyi tembakan dan letupan boleh membantu imaginasi penonton untuk membayangkan macam mana game itu akan kelihatan nanti.

Perlu ditekankan bahawa trailer ini tidak memaparkan sebarang gameplay, jadi tidak pasti bagaimanakah game ini akan kelihatan apabila ia dikeluarkan nanti.

Game ini dijadualkan akan dikeluarkan pada lewat tahun 2018 menurut laman web mereka. Ia lebih mencapai ke arah matlamat grafik yang tinggi kerana pembangun sedang merancang untuk memasukkan jumlah seramai 400 pemain ke dalam satu perlawanan.

Ini bermakna masa perlawanan adalah lebih lama dari PUBG, yang mana baru-baru ini telah mendapat patch keseimbangan untuk Xbox One, dan masa perlawanan yang lebih pendek dari Fortnite.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.