Mana satu pilihan hati? Model replika atau pun kereta remote control (RC) bagi Nomad ND1?

mass_effect_andromeda_nomad_collectors_edition_promo_1

Berharga pada USD100, Collector’s Edition (CE) akan didatangkan dengan replika diecast bagi┬áNomad ND1 dan juga bekas steelbook. Replika ini akan diperbuat daripada logam dan akan mempunyai rekaan dalaman yang sangat terperinci, pintu yang boleh dibuka serta dashboard yang bercahaya.

mass_effect_andromeda_nomad_collectors_edition_diecast_model_shot_5

Versi yang didatangkan dengan kereta RC berskala 1:18 pula berharga pada USD200, turut disertakan bersama bekas steelbook. Model RC ini mempunyai kawalan untuk roda hadapan dan juga belakang dan boleh disambungkan pada sebarang telefon Android atau iOS.

Kamera yang terdapat pada kereta RC ini akan membenarkan pengguna untuk merekod gambar atau video semasa menggunakannya. Didatangkan dengan bateri yang boleh dicas semula, ia boleh dicaskan melalui kabel USB.

Ikuti info, video trailer, briefing dan screenshot mengenai Mass Effect: Andromeda.

Mass Effect: Andromeda akan diterbitkan pada 2017 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Comments

comments