Apakah kejutan itu?

Baru-baru ini, Insomniac Games ada berkongsikan kepada umum pelbagai info baru tentang game mereka akan datang, Marvel’s Spider-Man. Salah satu info yang menarik perhatian ramai adalah selain watak Spider-Man/Peter Parker, pemain juga bakal boleh mengawal watak Mary Jane.

Itu sahaja yang didedahkan oleh mereka mengenai watak kekasih Peter Parker itu. Namun, pengarah kreatif game ini, Bryan Intihar, turut mendedahkan bahawa watak Mary Jane ini bakal beri kejutan kepada ramai pemain.

“Mary Jane akan mengejutkan ramai pemain dalam game ini. Sangat ramai pemain. Dia adalah salah satu watak kegemaran saya dalam game ini,” kata Intihar kepada Game Informer.

Versi mereka untuk watak ini ialah dia bekerja sebagai wartawan penyiasatan untuk Daily Bugle, dan tahu tentang identiti sebenar Peter Parker dan Spider-Man.

Apabila game bermula, pasangan ini tidak akan bertemu antara satu sama lain selama enam bulan, walaupun hubungan mereka tidak stabil sejak beberapa tahun. Insomniac mahukan watak Mary Jane memainkan peranan yang lebih lebih penting.

“Apabila dia diperkenalkan semasa 60-an, ia sesuatu yang janggal untuk satu watak seperti itu menjadi kekasih atau watak yang ketinggalan zaman. Jadi, kami fikir, ‘Apa yang kami boleh lakukan untuk berikan dia lebih perhatian?'”, kata Christos Gage, penulis bersama game ini.

Ia pastu sesuatu yang menarik tentang twitst yang bakal dibawakan ke dalam game ini. Apakah kejutan yang akan disajikan kepada kita melalui watak Mary Jane ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.