Siapa penjahat misteri ini?

Semasa E3 2018 lalu, Sony telah memperlihatkan gameplay trailer baru untuk game eksklusif mereka akan datang, Marvel’s Spider-Man. Yang menjadi topik hangat selepas video ini dikeluarkan ialah siapa penjahat misteri yang muncul pada akhir video itu.

Permulaan video gameplay memaparkan Electro dalam misinya untuk membebaskan rakan-rakan penjahatnya yang lain dari penjara. Spiderman cuba menghalang perancangan Electro ini namun tetap gagal.

Akhirnya Electro telah bergabung dengan Scorpion, Vulture, Rhino, dan Mr Negative membelasah teruk Spiderman sehinggalah seorang karakter misteri telah muncul di akhir video. Siapakah agaknya gerangan karakter ini?

Kita mungkin telah mengetahui siapakah penjahat tersebut melalui satu temubual yang mungkin tidak sengaja didedahkan. Chris Jai Alex, pelakon untuk watak Rhino dalam game ini telah berbual bersama Youtuber Drift0r, dan Alex telah secara tidak sengaja menyebutkan tentang kehadiran Doctor Octopus dalam game ini. Sehingga kini, Insomniac dan Sony masih lagi belum mendedahkan tentang penampilan Doctor Octopus dalam game ini.

Video tersebut yang dimuatnaik di channel Youtube Drift0r itu telahpun dipadamkan, menandakan kemungkinan besar video tersebut telah mendedahkan sesuatu yang tidak sepatutnya diketahui umum buat masa ini.

Namun, korang boleh dengarkan semula perbualan itu, yang telah dimuatnaik semula di Youtube Rick Grimes. Korang boleh saksikannya di bawah:

Penampilan Doctor Octopus sememangnya tidak mengejutkan memandangkan beliau adalah ketua asal untuk Sinister Six yang turut melibatkan Electro, Scorpion, Vulture, Rhino, dan Mr Negative.

Marvel’s Spider-Man akan dilancarkan pada 7 September 2018, eksklusif untuk PS4.

JomBaca: PlayStation Asia Umumkan Edisi-Edisi Marvel’s Spider-Man, Standard Digital Berharga RM199

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.