Marvel VS Capcom Infinite diumumkan bersama trailer yang memaparkan watak-watak seperti Ryu, Mega Man, Captain Marvel dan Iron Man berentap!

Menurut Capcom, Marvel VS Capcom Infinite akan mengandungi pelbagai mode untuk single-player dan juga multiplayer. Sedikit info mengenai mode single-player, ia akan mengutarakan kisah bersinematik yang akan bertempatkan aksi dari kedua-dua dunia dan pemain akan menentang musuh yang baru.

marvel-vs-capcom-infinite-01

Berikut adalah antara ciri-ciri yang bakal diketengahkan dalam MVCI kelak

  • Reborn Rivalries: Pertemuan antara dua dunia ini akan membawa permusuhan-permusuhan klasik dan juga yang baru! Capcom menjanjikan variasi terdiri daripada watak-watak lama dan juga baru dalam pertarungan 2v2 kali ini.
  • Infinite Power: Diambil dari kisah yang dibawa dari Marvel, setiap pertarungan akan dipengaruhi oleh kuasa Infiny Stone yang akan memberi pelbagai perubahan drastik kepada arus pertarungan!
  • Iconic Heroes: Capcom telah mengumumkan Iron Man, Captain America, Ryu dan Mega Man sebagai salah sebahagian dari pada roster dan pelbagai watak lagi akan diumumkan kelak.
  • Cinematic Story: Pertarungan antara watak-watak ini akan dipertontonkan dalam aksi sinematik dan kisah yang menarik untuk peminat-peminat siri ini.
  • Accessible Single Player Content: Asah bakat bertarung korang dalam pelbagai mode single-player seperti Training, Mission dan Arcade!
  • Vast Multiplayer Features: Pejuang-pejuang online akan menerima pelbagai ciri seperti leaderboard, ranked match, casual match dan online lobby yang membolehkan spectator mode!
  • Graphics: Capcom menjanjikan graphic yang memukau dengan enjin grafi Unreal Engine 4!

marvel-vs-capcom-infinite-02

Aksi gameplay bagi Marvel VS Capcom Infinite akan dipertontonkan pertama kalinya esok hari di Capcom Cup.

Marvel VS Capcom Infinite akan diterbitkan untuk PS4 dan PC pada hujung tahun 2017.

Comments

comments