Rantau Asia Tenggara semakin mendapat perhatian arena eSports antarabangsa.

Newzoo, sebuah organisasi yang menganalisa industri gaming seluruh dunia, telah mengeluarkan laporan eSports rantau Asia Tenggara untuk tahun 2016. Laporan ini telah menyatakan bahawa Asia Tenggara adalah rantau paling pesat berkembang dalam industri eSports buat masa ini jika dibandingkan dengan rantau-rantau lain yang terdapat di seluruh dunia.

Asia Tenggara memiliki 9.5 juta peminat tegar eSports pada tahun 2016, dan angka ini dijangka bertambah sebanyak dua kali ganda menjelang 2019. Bagi penonton sekali-sekala (Occasional Viewers) pula, angka yang dicatatkan pada 2016 adalah 19.9 juta, dan ia bakal mencecah 40 juta pada tahun 2019.

Laporan ini mencatatkan bahawa Malaysia mengumpulkan jumlah peminat tegar eSports seramai 1.8 juta, berada di kedudukan ketiga Asia Tenggara di belakang Vietnam (2.8j) dan Indonesia (2.0j). Lain-lain negara di rantau ini pula adalah: Filipina (1.4j), Thailand (1.1j), dan Singapura (0.2j).

Tahun 2016 telah menyaksikan kejayaan yang besar untuk Asia Tenggara dalam industri ini. ESL One Manila dan Manila Major telah menjadi bualan peminat eSports seluruh dunia, dan jangan dilupa dengan ESL One Genting yang bakal dilangsungkan pada hujung minggu ini.

Anda boleh baca laporan penuh ini di laman web Newzoo.

Minggu lalu, analisis industri eSports global juga telah dikeluarkan, di mana benua Asia telah mengungguli pelbagai aspek dalam industri ini pada tahun 2016. Anda boleh bacanya di sini.

Comments

comments