Dengan jumlah wang terkumpul sebanyak RM500,000!

Hari ini, Mineski Events Team (MET) bersama U Mobile dan Logitech G telah mengumumkan pelancaran ulung bagi Malaysia Esports League (MESL) yang bertujuan untuk terus memangkin arena esports tempatan. Selain daripada itu, liga ini turut mendapat sokongan daripada eGG Network selaku penyiar rasmi dan Twitch.tv sebagai rakan penstriman.

Bagi mereka yang tertanya-tanya, Malaysia Esports League telah berjaya mengumpul wang tunai sebanyak RM500,000 yang akan dibahagikan antara 16 pasukan terbaik liga dan pendaftaran sudah boleh mula dilakukan melalui laman MESL.

Saksikan album foto team JomGaming di acara pelancaran MESL tadi.

Team JomGaming telah berada di pelancaran Malaysia Esports League yang berlangsung di Kualu Lumpur tadi. Ia akan mengetengahkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM500,000! Info lanjut di jomgaming.my/7iscx

Posted by JomGaming on 17hb Ogos 2017

Peringkat saringan akan berlangsung bermula 2 September ini dan 16 pasukan yang teratas akan terpilih untuk memasuki fasa kumpulan – semua ini akan berlangsung dalam masa 3 bulan pertama. Hasil daripada jumlah mata terkumpul, 8 pasukan akan dipilih untuk bertarung dalam pusingan kalah-mati.

Untuk info lanjut, lawati laman U Mobile MESL.

Comments

comments