Festival gaming yang terbesar di Malaysia, Malaysia Cyber Games kembali lagi Disember 2015 ini. Jom tengok apa best pasal festival ini!

Malaysia-Cyber-Games-2015-List

Dalam usaha memajukan e-sukan di Malaysia, festival Malaysia Cyber Games (MCG) yang mendapat sokongan penuh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini membuka peluang kepada pemuda-pemudi negara untuk mengasah bakat mereka supaya setanding dengan cabaran e-sukan antarabangsa.

Bakat-bakat gaming di Malaysia selama ini seperti diabaikan dan dengan festival ini, ia diharap dapat menggilap bakat-bakat yang ada dan membantu mereka sampai ke peringkat dunia. Moga usaha ini berjaya dan memungkinkan satu hari nanti bendera Malaysia berkibar di pentas antarabangsa.

Team Taring adalah satu pasukan yang bakal dibawa untuk mewakili negara dalam pertandingan DoTA 2 kelak. Pemenang pertandingan DoTA 2 dalam MCG akan dipilih sebagai ahli pasukan Team Taring. So, korang yakin tak untuk pegang title #SayaTaring nanti?

Berikut adalah game dan maklumat yang bakal dipertandingkan di Malaysia Cyber Games 2015 ini nanti:

Malaysia-Cyber-Games-2015-Dota 2

DotA 2

Slot: 64 pasukan.
Tarikh: 12-13 Disember 2015.
Daftar masuk: 0900-1000.
Masa: 1000 – 2300.
Format: Peringkat berkumpulan – Playoff.
Pemecah seri: Rating masa.
Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam.

Semua peserta hendaklah membawa headset kerana headset tidak disediakan.

Hadiah pertandingan

Juara – RM 125,000.
Naib juara – RM 50,000.
Tempat ke-3 dan ke-4 – RM 10,000 bagi setiap pasukan.
Tempat ke-5 hingga ke-8 – RM 1,250 bagi setiap pasukan.

Lebih info dan pendaftaran boleh dibuat di sini.

Malaysia-Cyber-Games-2015-CS-GO

Counter Strike: Global Offensive

Slot: 32 pasukan.
Tarikh: 11-13 Disember 2015.
Daftar masuk: 0900-1000.
Masa: 1000 – 2300.
Format: Peringkat berkumpulan – Playoff.
Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam.

Semua peserta hendaklah membawa headset kerana headset tidak disediakan.

Hadiah pertandingan

Juara – RM 30,000.
Naib juara – RM 15,000.
Tempat ke-3 dan ke-4 – RM 5,000 each (RM10,000).

Lebih info dan pendaftaran boleh dibuat di sini.

Malaysia-Cyber-Games-2015-Fifa-16

FIFA 2016

Slot: 512 peserta.
Tarikh: 11-13 Disember 2015.
Daftar masuk: 0900-1000.
Masa: 1000 – 2300.
Format: Peringkat berkumpulan – Playoff.
Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam.

Hadiah perlawanan masih lagi belum diumumkan pembahagian daripada wang terkumpul sebanyak RM 20, 000.

Lebih info dan pendaftaran boleh dibuat di sini.

Malaysia-Cyber-Games-Street-Fighter-4

Street Fighter 4

Info mengenai masa dan tempat masih belum diumumkan tetapi dijangka akan diadakan pada tempat dan masa yang sama dengan aktiviti pertandingan yang lain.

Hadiah pertandingan.

Juara – RM10,000.
Naib juara – RM5,500.
Tempat ke-3 – RM3,000.
Tempat ke-4 – RM1,500.

Lebih info dan pendaftaran boleh dibuat di sini.

+++

Bagaimana? Ada pertandingan yang korang minat? Ayuh daftar masuk dan jumpa team JomGaming disana nanti ya! 🙂

Comments

comments