Malaysia Cyber Games kini kembali untuk tahun 2018!

Tahun 2017 telahpun menjadi sebuah tahun yang cukup menyinar untuk industri esport, terutamanya dalam arena tempatan. Oleh itu, memang moleklah kita mulakan tahun baru ini dengan satu pertandingan yang gilang-gemilang!

Malaysia Cyber Games 2018 telah diumumkan, dan pihak pengajur telah mendedahkan bahawa sebanyak RM300,000 hadiah wang terkumpul menjadi rebutan para pemain esport negara. Ia akan berlangsung pada 13 dan 14 Januari 2018 di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur.

8 game yang dipertandingkan – iaitu DotA 2, Counter Strike: Global Offensive, Mobile Legends: Bang Bang, Tekken 7, Street Fighter V, FIFA 18, Injustice 2, dan F1 2017 – kini telah dibuka untuk pendaftaran para peserta.

Sebuah lagi game, menurut laman web rasminya, masih lagi belum diumumkan – menjadikan 9 game bakal dipertandingkan di MCG pada tahun ini.

Korang boleh klik judul game yang korang ingin sertai di bawah untuk melakukan pendaftaran:

Jadi, apa korang tunggu lagi? Kalau 2017 bukan tahun korang, tahun inilah masanya untuk korang menyinar dan tunjukkan bakat gaming sebenar! Jom korang di sana!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.