Malaysia Cyber Games 2015: Kehangatan Semakin Terasa!

msg-taring-001

OMG guys, ada 4 hari saja lagi Pertandingan E-Sukan terbesar di dalam sejarah Malaysia akan berlangsung pada 11 Disember – 13 Disember 2015.

Apa Dia Malaysia Cyber Games Ni?

Malaysia Cyber Games 2015 merupakan pertandingan e-sukan terbesar yang pernah di anjurkan di Malaysia. Dengan usaha sama di antara E-Sport Malaysia dan juga Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, misi mereka ialah mencari bakat-bakat muda di dalam e-sukan untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

JomBaca: Wow! Jom Join Malaysia Cyber Games 2015!

Ada 4 jenis Games yang akan di pertandingkan iaitu DotA 2, Counter-Strike: Global Offensive, FIFA 16 dan juga Street Fighter 4. Dan sudah pastilah misi utama mereka adalah untuk mencari bakat-bakat muda di dalam game Dota 2 untuk membentuk pasukan Taring yang akan mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

Jom usha sikit maklumat mengenai Malaysia Cyber Games 2015:

  • Tempat:
    Stadium Negara, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Tarikh:
    11-13 Disember 2015
  • Masa:
    9.00 AM (11 Disember 2015) hingga 10.00 PM (13 Disember 2015)
  • Yuran Pendaftaran:
    RM30/VIP tiket, RM90/SVIP tiket

Jadual bagi Malaysia Cyber Games 2015:

msg-taring-002

msg-taring-003

msg-taring-004

Dan sudah pasti, acara paling menarik bagi fan-fan Dota 2 di luar sana. Team Secret telah merealisasikan impian peminat mereka dengan menyertai Malaysia Cyber Games 2015 kali ini.

msg-taring-007

Korang boleh dapatkan tiket VIP dan juga tiket SVIP di sini.

JomBaca: Malaysia Cyber Games: Peluang Untuk Harimau Beraksi!

Selain itu juga, merchandise untuk peminat-peminat Dota 2 juga akan dibuka di Malaysia Cyber Games 2015 nanti. So apa lagi guys, standby je la duit korang nanti, boleh shopping sakan.

msg-taring-005

Korang boleh dapatkan semua maklumat mengenai Malaysia Cyber Games 2015 di laman web rasmi mereka di malaysiacybergames.com atau boleh layari event ini di Facebook diorang.

Amacam guys? Konfem korang dah tak sabar nak join Malaysia Cyber Games 2015 kan? Relak la lagi 4 hari je. Sempat la korang standby apa yang patut.

ADIOS!

Comments

comments