Katakan tidak kepada Valentine’s Day!

Kempen anti-Valentine’s Day yang dicipta oleh Sega, iaitu Make War Not Love 5, kini kembali lagi. Syarikat gaming gergasi dari Jepun itu akan memulakan promosi bermula hari ini (14 Februari) sehingga 19 Februari 2018.

Tahun ini, para pemain perlu bekerjasama. Korang perlu log masuk ke dalam laman rasmi Make War Not Love 5, kemudian mainkan game-game yang telah ditampilkan. Apabila satu-satu waktu permainan harian telah dicapai, Sega akan memberikan pelbagai hadiah.

Apabila sasaran telah berjaya dicapai, Sega akan memberikan hadiah yang berupa game (keluaran Sega), DLC, kupon diskaun, atau kombinasi ketiga-tiga promosi itu – dihantar terus ke akaun Steam korang.

Pemain yang mendaftar sahaja walaupun tidak mencapai apa-apa sasaran terus akan mendapat 2 game Mega Drive.

Selain promosi yang dinyatakan di atas, ada juga promosi diskaun seperti biasa untuk game-game tertentu. Antaranya ialah:

  • Total War: Warhammer II – 10%
  • Total War: Warhammer – 66%
  • Endless Space 2 – 50%
  • Company of Heroes 2 – 75%
  • Warhammer 40,000: Dawn of War III – 66%

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.