madmax_002

Hola!! Gamers, sebut saja easter egg pasti ramai peminat-peminat game berkonsepkan Role-Playing Game tau apa yang penulis sebutkan.

So mencari easter egg di dalam sesuatu game bukannya mudah, kerana developer sengaja meletakkan easter egg itu pada tempat yang agak tersorok dan korang konfem tak perasan punya sebab sibuk layan game.

Jom kita usha apa dan di mana easter egg disorokkan di dalam Mad Max:

  1. Pokok Krismas.

mad-max-easter-002

Yeah memang tak masuk akal macam mana pokok krismas boleh ada di tengah-tengah padang pasir. Tapi korang boleh jumpa pokok krismas ni di bahagian utara sempadan The Dukes.

mad-max-easter-001

2. Peta Australia.

Korang boleh jumpa peta Australia ini di dalam tempat persembunyian Chumbucket. Korang boleh nampak peta tersebut pada dinding di belakang sebuah kereta dan hanya kelihatan bila terdapat cahaya panahan petir.

mad-max-easter-003

3. Lost Tribe / Plane.

mad-max-easter-005

Lost tribe dan juga kapal terbang ini adalah sedutan dari salah satu babak filem Mad Max: Beyond Thunderdome. Korang boleh jumpe lost tribe ini bersama dengan kapal terbang di kawasan The Dukes.

mad-max-easter-004

4. War Rig Fury Road.

mad-max-easter-006

Korang ingatkan War Rig dalam filem Mad Max Fury Road?? Korang boleh jumpa lori tangki tersebut dalam game ni di kawasan Rot N Rusties, cume korang hanya akan jumpa bangkai je la.

mad-max-easter-007

5. Rico Rodriguez Dalam Game Just Cause.

mad-max-easter-009

Kalau korang pernah main game Just Cause Series, akan ada satu babak di mana di tunjukkan watak utamanya iaitu Rico Rodriguez mati tergantung di tiang dengan payung terjun tersangkut dan grappling hook sangkut di kereta. Korang boleh jumpa di kawasan The Big Nothing.

mad-max-easter-008

So guys, setakat ni baru 5 la yang penulis jumpe. Kalau korang ade jugak terjumpa easter egg ni jangan la segan-segan kongsikan dengan kami di JomGaming.

ADIOS!!

Comments

comments