Mad Max: Boleh Beli or Boleh Blah!?

madmax_001

Hola!! Gamers, inginkan sebuah game yang ganas, gore yang melampau, merentasi padang pasir yang tandus, survive dalam suasana kehidupan yang tidak bertamadun. Mad Max mungkin jawapannya. So guys, nak tau lebih lanjut samada Boleh Beli or Boleh Blah?? Stay tuned dengan kitorang ok??

Story Dia Pasal Ape Bro??

Story die simple je bro, mengisahkan Max yang hidup pada zaman Perang Nuklear dan struggle untuk meneruskan hidup. Max di belasah, kereta kena rembat, dan di biarkan separuh mati di tengah-tengah padang pasir… seday woo!!

madmax_002
Tudia!! Magnum Opus!! Ganas bebenor!!

Kemudian korang akan berjumpa dengan seorang mekanik yang baik hati Chumbucket yang akan membantu korang sepanjang mission dan juga membantu korang membina Magnum Opus, nama bagi kereta korang nanti. Teruja??

Keganasan Yang Melampau.

Bersesuai dengan tajuk Mad Max, Max akan berhadapan dengan musuh-musuh yang agak ganas dan tak bertamadun. So paham-paham je la bila Max ni membantai musuh-musuh die nanti. Kejam, brutal dan kombo yang jahat lagi memukau ini semestinya akan menarik minat korang untuk bermain game ini.

madmax_003
Nah amik kau, aku Max laaaa!!!

madmax_006

Kombat style boleh la penulis katakan sedikit sebanyak seperti game Batman, korang ade kombo yang menarik, ada button interact untuk counter serangan musuh, dan juga finishing yang agak unik dan juga kejam gile wooooo!!

Korang tengok video kat atas ni dan nilailah sendiri betapa awesome dan brutal nye bila Max ni membantai musuh-musuh die. Dan yang lebih awesome lagi, korang bole upgrade skill korang nanti. Damn!!

Apa Lagi Yang Menarik Bro??

Selain dari set-set kombo yang ganas ini, perhatian juga korang kena berikan kepada Magnum Opus korang. Magnus Opus ialah kereta yang korang akan pilih pada awal game nanti dan korang boleh design dan upgrade mengikut citarasa korang sendiri. Awesome!!!!

madmax_004
Perghhhh Magnum Opusku!!

Korang kena mengembara ke pelusuk padang pasir, cari spare part tertentu dan upgrade Magnum Opus korang tu supaya senang nanti korang berhadapan dengan musuh-musuh yang kuat.

Em Takkan Menarik Je!! Yang Tak Best Bro??

Kerana game ini berkonsepkan open world, amatlah sukar bagi mereka yang mencari spare part untuk mengupgrade Magnum Opus, kerana keadaan muka bumi yang berpadang pasir. Bukan itu sahaja, sekiranya korang suka mengumpul collectible, ia hampir amat sukar di temui.

madmax_005
Hamboi kemain tandus lagi tempat ni..

Selain daripada itu, bagi mereka yang tidak suka membuat side mission, game ini memerlukan korang berulang-ulang kali meneroka tempat yang sama, sehingga korang mendapat upgrade-upgrade yang tertentu samada pada Magnum Opus ataupun skill combat korang sebelum korang boleh proceed ke Main Story. Ini sedikit sebanyak akan mendatangkan rasa boring pada korang.

SO, BOLEH BELI OR BOLEH BLAH??

+ Kombo-kombo yang awesome disamping korang bole upgrade skill.

+ Magnum Opus yang menarik, ganas dan brutal.

– Position butang lompat yang pelik.

– Side mission yang agak repetitive dan memaksa player duduk lama di sesuatu kawasan      dan upgrade sebelum boleh proceed ke Main Mission.

Keputusan: BOLEH BELI!!

 

ADIOS!!

Comments

comments

REVIEW OVERVIEW
Hans bagi
7
Art
7
Story
7
Sound
7
Reply Values
7
Previous articleInfinity Blade 3: Free Sekarang! Apa Lagi Jom Download!
Next articleDark Souls 3: Datang Untuk Merampas Roh Korang!
Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti. Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.