madmax_01

Hola!! Gamers, sape main Mad Max?? So kat sini penulis berbesar hati untuk kongsikan 5 tips yang penulis nak share dan mungkin akan membantu korang sepanjang permainan korang nanti.

  1. Vantage Outpost.

mad-max-001

Meng-unlock Vantage Outpost merupakan satu tindakan bijak sebelum korang meneroka dunia Wasteland. Bagi penulis, Vantage Post memberikan kelebihan, antaranya korang boleh menandakan tempat-tempat penting seperti Scarecrow Tower, Sniper Tower, Scavenging Location dan juga camp musuh korang.

Ini akan memberikan korang kelebihan kerana korang tau di mana kedudukan musuh-musuh korang. Selain itu, antara kegunaan Vantage Outpost ialah menjadi tempat untuk korang Fast Travel. Ini amat berguna kerana keadaan muka bumi Wasteland sendiri yang besar dan luas.

2. Survey Crew Project.

mad-max-002

Sekiranya korang sudah bertapak di mana-mana Stronghold, penulis sarankan korang cepat-cepat settlekan Survey Crew Project. Kenapa?? Sebab sekiranya korang berjaya mendapatkan Survey Crew Project, korang akan mendapat bantuan krew-krew di Stronghold tersebut dalam meng-unlock Scavenging Location pada korang.

Ini amat penting kerana di Scavenging Camp terdapat Scrap Metal yang korang boleh kutip, dan jadikan mata wang untuk upgrade Magnum Opus ataupun skill korang.

3. Thunderpoon.

mad-max-003

Untuk unlock Thunderpoon, korang perlu menyelesaikan mission Black Magic di Gustash Stronghold. Bagi penulis bila adanya Thunderpoon ni, senang skit kerja penulis nak bantai kereta-kereta musuh yang cari pasal. Thunderpoon ni bertindak seperti roket launcher, dah memang ohsem guys bile korang tengok kereta musuh meletup dek penangan Thunderpoon ni.

Dengan adanya Thunderpoon ni, memudahkan korang untuk menyelesaikan mission Convoy Takedown di mana korang mengejar sekumpulan musuh yang berkonvoi. Reward memang menarik kerana korang akan dapat Hood Ornament.

mad-max-004
Reward untuk Convoy Takedown

4. Stronghold Project.

mad-max-005

Memandangkan bekalan untuk peluru, air dan pisau adalah terhad, memang best kalau korang selesaikan dahulu Stronghold Project terlebih dahulu. Kalau korang dah bersedia nak menghadap camp musuh yang besar, jangan risau, korang abiskan semua bekalan peluru dan juga pisau korang tu.

Kalau dah abis, fast travel je ke stronghold korang. Nah, secara automatik semua peluru, air dan pisau korang akan di refill semula. Best kan, tak payah susah-susah nak cari semua benda tu.

5. Max Dan Magnum Opus Upgrade.

mad-max-006

Nak tahan lebih lama time korang combat dengan musuh-musuh?? Hah upgrade la semaksima yang boleh sebelum korang proceed mana-mana story mission ataupun korang hati kering nak langgar stronghold musuh. Ini memang banyak membantu penulis dalam game Mad Max ini.

mad-max-007

Hah lagi satu, jangan la korang lupa dengan Magnum Opus korang ni, upgrade semaksima yang boleh. Baru la gagah nak merentasi Wasteland tanpa perlu korang lari kalau jumpe kereta musuh.

So guys, ini dia 5 tips yang penulis gunapakai ketika bermain Mad Max. Semoga dapat membantu korang pula nanti. Hmm korang ada tips yang lebih menarik?? Kongsi je dengan kiteorang di JomGaming.

ADIOS!!!

Comments

comments