Mampukah P.T. versi tahun 1998 membuatkan controller korang tercampak sekali lagi?

Bagi korang yang tidak pernah menyaksikan video-video sebegini, Youtuber 98DEMAKE merupakan seorang pembikin video yang cukup kreatif. Beliau sering membikin video-video untuk gameplay atau trailer game-game masakini, tetapi dalam grafik yang terdapat semasa era video game 90-an.

Kami pernah melaporkan tentang video beliau sebelum ini, iaitu trailer The Last of Us Part II, gameplay Assassin’s Creed dan Uncharted yang direka semula mengikut tema tahun 1998. Dan terbaru beliau telah mencipta dan memuatnaik gameplay untuk P.T. Silent Hills pula. Korang boleh saksikannya di bawah:

P.T. merupakan demo yang boleh dimainkan pada tahun 2015 untuk francais game seram yang cukup terkenal, iaitu Silent Hills. Ia merupakan demo yang mendapat maklumbalas yang sangat baik sebelum ia dibuang dari PlayStation Store kerana Konami membatalkan game tersebut.

Walau bagaimanapun korang boleh mainkannya di PC, sebuah versi yang direka semula oleh peminat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.