Bagi mereka yang terlepas untuk mencuba game ini, jangan terlepas peluang untuk mendapatkannya!

Kini giliran Lost Odyssey pula untuk tiba ke Xbox One dengan backward compatibility yang dijanjikan oleh Microsoft. Boleh didapati secara percuma, Lost Odyssey akan boleh didapati secara percuma oleh semua pemilik Xbox One dan Xbox 360 secara digital sehingga 31 Disember.

RPG kegemaran ramai, Blue Dragon dari Square Enix juga akan tiba ke konsol Xbox One dengan backward compatibility dan boleh didapati pada harga USD19.99 (~RM90).

Comments

comments