Tidak seperti siri asal, Dishonored 2 dibintangi oleh 2 protagonis dan kedua-duanya mempunyai kebolehan yang berbeza.

Video sepanjang 14 minit ini telah dikongsi oleh Cosmic Contrarian dan ia memaparkan semua kobolehan oleh Emily dan Corvo. Menarik jika korang masih merancang untuk memilih watak untuk dicuba dahulu.

Cosmic Contrarian juga menyatakan bahawa beliau tidak mengalami sebarang masalah untuk mendapatkan resolusi 4k dengan 60fps dengan stabil walaupun sesetengah pihak menyatakan mengalami masalah dengan prestasi Dishonored 2 di PC.

Namun begitu, developer Arkane Studios juga ada menyatakan bahawa mereka sedang menyiapkan patch untuk mereka yang menghadapi masalah prestasi ini.

Nantikan review Boleh Beli or Boleh Blah!? Dishonored 2 dari JomGaming.

Dishonored 2 sudah diterbitkan pada 11 November lepas untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Comments

comments