LIGHT SPEED RAIDERS!!! Clan yang saya mula-mula ingat dari luar negara juga. A Year 1 clan dengan nama terbaik tu, taktau kalau raiders ni habiskan raid diorang dengan “speed of light”. Maklumlah, nama dah “Light Speed” mesti laju kan? Kan? Kalau nak tahu, JOM!

Light Speed Raiders Logo
Light Speed Raiders Logo

JG: Apa nama ni dan bila clan di tubuhkan? 

LSR: Nama clan kami adalah Light Speed Raiders [LSR]. Clan ini ditubuhkan pada masa Crota dan minions dia mengganas di Cosmodrome dan Moon. Pada masa tersebut Kak Eris meminta Guardian supaya turun berlawan dengan Crota, tetapi pada masa tersebut ramai diantara kami tidak mempunyai clan atau clan tidak active, maka kami berkumpul sebagai random dan turun mencabar Crota. Kesemua Guardian yang berkumpul, click sebagai suatu unit, maka kami membuat keputusan untuk menubuhkan clan kami sendiri.

JG: Kenapa nama ni?

LSR: Kami pada masa itu tidak tahu nama apa yang cool atau “hip”, tapi satu idea adalah untuk menggunakan digit sahaja. Guardian adalah wira cahaya, maka nama light patut ada. Kelajuan cahaya (Light Speed) adalah 299,792 km/s dan idea kami adalah untuk menggunakan digit tersebut, tetapi itu adalah suatu nama clan yang amat sukar untuk disebut, lebih senang untuk sebut Light Speed. Kami juga lebih gemar raid, maka nama Light Speed Raiders muncul.

JG: Kenapa tubuhkan clan ini? Apa yang founder harapkan clan ni akan capai?

LSR: Raid Atheon focus pada time event, raid Crota mengandungi minions yang ganas dan laju untuk membunuh kita. Pada masa itu, tiada satu fireteam yang wujud untuk raid untuk kami, dan tiada satu guardian/kawan yang consistent untuk raid or yang boleh ngam sesama sendiri. Sebab itu clan ini ditubuhkan.

Kami bukan sahaja ingin main game ini, tetapi kami ingin bergelak ketawa, bergembira, membuat kerja-kerja gila semasa raid dan strikes, janji seronok bermain bersama kawan-kawan yang sama kepala. Kami semua berkumpul dengan random dan berkawan bukan setakat virtually tetapi di reality juga.

Saya mengharapkan clan ini menjadi sebahagian daripada clan-clan yang terkenal di Malaysia atas persahabatan di antara ahli-ahli clan, dan aktif berkongsi video gameplay yang lain daripada yang lain. Saya juga berharap ramai ahli clan ini akan menjadi lebih aktif.

IMG_4654

JG: Siapa original 6 veteran players dalam clan ni? 

LSR: Veteran players are;

  1. Joe (evagoran)
  2. Damon (damonyeoh)
  3. Thomas (nematoth)
  4. Leon (Ricky-88GG)
  5. Delbert (Bluekiller870)
  6. Stephen (ArchDyeu).

Tidak lama selepas itu, Adrian (XiiaoHack3r) dan Douglas (UnscathedKey), sertai kami, dan dari situ kami berkembang hinggalah hari ini, bersama beberapa member baru aktif seperti Jacen (JAC-JUX) dan Kenneth (kenix1983)

JG: Apa yang membuatkan clan ni sangat unik? Kenapa ia sangat penting?

LSR:  Main Destiny bersama clan ini, adalah seperti minum teh tarik dekat kedai mamak bersama kawan-kawan. Itu yang membuatkan clan ini unik, sebab ramai yang bermain game untuk complete objektif dan untuk menang, kami pula bergelak tawa dan cuba untuk gagalkan member lain daripada capai objektif mereka. Boleh dikatakan kami suka troll orang dalam clan ni.

Characteristic ni penting sebab Destiny ini adalah suatu game. Story quest cepat complete, dan raid dia complicated dan mencabar, maka ramai yang bosan dengan story content dan frust dengan end game content. Kita mesti ada balance, bila suatu objektif itu sukar dan mencabar ramai akan frust, sebab itu kita perlu relax dan happy bermain. The uniqueness bagi clan ini adalah menukarkan apa yang frustrating kepada sesuatu yang lawak.

JG: Apakah kriteria yang anda cari dalam seseorang Guardian? Kenapa?

LSR: Max Year 2 Gjallarhorn, hahaha… Saya hanya bergurau (tapi kalau ada tolong bagitau). Saya rasa kriteria chill dan senyum selalu amat penting, baru seronok gameplay.

IMG_4334

JG: Apa kelebihan KinderGuardians boleh dapat kalau join clan ni ? Apa yang clan ni boleh bagi?

LSR: Kelebihan clan ini adalah kami memang aktif bermain, dan bila bermain selalu bergelak tawa. Jika KinderGuardian ingin bermain pada masa malam hari minggu atau hujung minggu, kami biasanya akan online. Kami selalu clear end game content dan masa yang lain kami akan tolong guardians lain. Clan ini lebih focus kepada PvE content, beberapa ahli juga bermain PvP selalu. Jika Kinderguardian memerlukan bantuan atau tunjuk ajar, kami sedia membantu.

IMG_4332

JG: Kalau nak buat event, macam mana clan ni operate atau berhubung?

Kami mempunyai group chat Facebook Messenger supaya ahli boleh berinteraksi sesame sendiri, dan juga Clan Facebook Group Page untuk share information dan gameplay video/photo.

IMG_4331

JG: Kalau dalam party chat, bagaimana clan ni berinteraksi? Gurauan kasar atau tidak?

Di dalam party chat suasana memang meriah. Gurauan tidaklah sekasar mana, tapi kami selalu membuat jokes dan memang gelak sampai tergolek golek. Ada juga masa kami troll guardians lain dan itu menjadi gelak tawa yang besar. Bila ada sahaja guardian yang down, memang kami semua berkumpul disekeliling ghost, dah memang wipe kan. Tapi semangat kita tetap tinggi.

IMG_4324

Player terpilih: Bluekiller870 & UnscathedKey
Rank : Member

JG: Apa yang membuatkan member sangat komited dengan Destiny?

Bluekiller870: Destiny merupakan satu game pada masa release tiada game yang sama dengan dia. Game ini mengambil permainan FPS PVE kepada 1 tahap yang lebih bagus daripada mana-mana game yang ada dalam pasaran. Ia mencabar players untuk berkerjasama dalam menghabiskan content yang mereka buat dan ini-lah yang membawa saya untuk komited dengan game Destiny ini.

JG: Apakah kebaikan game Destiny?

Bluekiller870: Kebaikan game Destiny adalah ia mempunyai pergerakan yang lancar dan graphics yang bagus, serta sound effect yang baik dan mempunyai element–element yang unique kepada game ini. Lebih–lebih lagi, ia membenarkan PVE dengan 3 orang kepada misi-misi biasa and 6 orang untuk raid.

JG: Apakah keburukan game Destiny?

Bluekiller870: Keburukan game Destiny adalah masa mula ia tidak mempunyai content yang lebih mendalam di story dia. Vanilla (Year 1 Destiny) story dia mengelirukan and menimbulkan lebih banyak persoalan. Sekarang pada year 2 Destiny, RNG dia merupakan “boss” yang paling sukar di tewas kan.

JG: Apakah character kegemaran member? Kenapa?

UnscathedKey: Saya paling suka Titan. Saya bermula game ini dengan Titan, mungkin kerana itu, saya ada attachment dengannya. Sekarang saya sukakan Titan kerana raid gear Kings Fall dengan shader “Midnight Lumos”.

JG: Antara raid Vault of Glass, Crota’s End and King’s Fall – raid yang mana membuatkan raid tu fun dan challenging? Kenapa?

Bluekiller870: King’s Fall merupakan raid yang paling fun and challenging kerana dia mempunyai challenge yang agak menarik and serious sepanjang raid itu. King’s Fall raid juga tidak boleh di menang dengan seorang sahaja se-panjang raid(Full raid). King’s Fall raid juga ada banyak tempat yang membolehkan clanmate gelak ketawa seperti tempat melompat platform.

JG: Bungie ada update banyak event baru, apakah pendapat anda tentang update-update baru yang di laksanakan oleh Bungie?

Bluekiller870: Ada baik dan buruknya. Event – event seperti Black-Spindle dan Sleeper Simulant merupakan event yang baik bagi saya kerana ia memberikan saya peluang untuk mendapatkan exotic items. Event–event Iron Banner dan ToO (Trials of Osiris) tidak begitu menarik bagi saya kerana saya kurang PvP. SRL merupakan event yang baru and menarik tetapi saya harap ia tidak akan melebih-lebihkan event seperti ini.

UnscathedKey: Sejak Year 2, Bungie telah melaksanakan live events, for example, SRL yang baru tamat. Kalau Year 2 secara keseluruhan, saya rasa tak berapa puas hati dengan kontent Year 2. Setelah guardians sampai light 320, saya rasa daily activity guardians akan berkurangan.

JG: Terangkan taktik apa yang paling anda suka gunakan dalam Crucible untuk dapatkan kills yang senang? 

UnscathedKey: Dalam map Widows Court, selalunya I guna sniper dulu. Kebanyakan fireteam akan group bila game baru start. Manakala fireteam saya akan flank dari sisi lain.

KESIMPULAN

Diorang ni takde la serious mana kalau nak main game, ada clan yang cakap diorang tak serious tapi kalau main dengan diorang baru dapat tahu kalau serious ke tak. Genuinely memang diorang peramah and I suggest this clan kepada orang yang nak cuba environment gaming party yang baru. Diorang open-minded and very supportive untuk tunjuk ajar.

Bak kata diorang ” Kita pun boleh tunjuk ajar macam nak produce “bola(orbs) yang banyak… Hahaha”. Diorang akan troll you KinderGuardians tetapi akan beri kepuasan bermain sesama mereka. Mula-mula saya raid dengan diorang tak rasa awkward, layanan diorang bagi memang ikhlas. Kalau rasa layak nak jadi trollers and guiders, apa lagi! Join them here, Light Speed Raiders!

Comments

comments