Life Is Strange: Projek Subtitle Bahasa Melayu; Hidup Ini Aneh?

Sape sini peminat game Life is Strange? Game yang mendapat perhatian komuniti gaming internasional ini sememangnya unik dalam aspek storytelling dan mechanics – kan best kalau ada subtitle nak bagi lagi senang faham!

LifeIsStrange

Pagi tadi inbox Facebook kitorang diterjah dengan message ini dari bro Daniel. Beliau juga ada bagi link kepada video di atas! So, dengan semangatnye kitorang layan video projek subtitle Bahasa Melayu beliau ini sambil chatting dalam Facebook.

JG: Wow, lama dah tarikh video nih!

Daniel: Maaf la video lama sebab development tergendala. Biasala, hidup realiti lebih penting la kan.

JG: Korang ada work logs ke? Or any write ups untuk kitorang baca?

Daniel: Tak ade lagi, just video ni saje sebagai bukti mod ni ada development. Apa yang saya boleh bagitahu, mod ni adalah hasil kerjasama antara saya dengan seorang redditor Singapura yang akan membantu saya dalam menghasilkan mod ini.

InsyaAllah kalau cepat dan tiada halangan, mod subtitle untuk EP1 akan release dalam pertengahan bulan 12 atau awal bulan Januari tahun depan.

JG: Fuhh. Kasi bikin cepat-cepat. Hehe. Kenapa pilih Life is Strange?

Daniel: Life is Strange adalah sebuah video game yang interaktif, unik dan menarik dari segi jalan ceritanya. Jadi, saya fikir orang akan tertarik lagi jika saya mod subtitle ini kepada BM.

LIFE IS STRANGE BM
Pehh in-game asset pon nak dialihbahasa!

JG: Macamana dapat idea untuk buat projek nih?

Daniel: Idea datang ketika saya sedang meneroka file game ini dan dapati yang filenya tak encrypted. Oleh itu, mudah bagi saya untuk buka file itu dan lihat content nya. Dari situ, saya dapati file subtitle untuk Life is Strange ini amat mudah untuk diedit dan save.

JG: Menarik! Ada plan untuk expand ke game lain?

Daniel: InsyaAllah, kalau tak ada halangan, pada masa depan kami cuba untuk menjelajah lagi game yang sesuai untuk diedit subtitle nya. Mungkin The Phantom Pain.

JG: Shut up and take my money! HAHA! Apa aplikasi mod korang ni? Boleh di port ke game lain?

Kami bersetuju untuk tidak dedahkan rahsia development kami ini terutamanya tentang aplikasi yang kami gunakan. So biarlah rahsia!

+++

So korang berminat dengan usaha awesome bro Daniel dan sahabatnya ini? Apa kata say ‘hi’ kat page Facebook beliau dan show your support guys supaya diorang boleh develop content bagi kesemua episode Life is Strange!

Comments

comments