Kuasa putaran masa Max sambil membuat keputusan sukar kini akan datang ke telefon pintar anda.

Life is Strange adalah sebuah game naratif berepisod sebanyak lima episod cukup popular sehingga mendapat prekuel dan juga sekuel akan datang.

Bagi yang belum berkesempatan untuk bermain game ini, anda boleh pre-order di iTunes dan anda akan terus dapat episod pertama. Kemudian, anda boleh beli episod seterusnya secara individu atau dapatkan kesemuanya melalui Season Pass.

Tiga episod pertama akan tersedia terus namun anda kena tunggu lama sikit untuk episod 4 dan 5 kerna dua episod itu akan dikeluarkan pada awal 2018.

Selain itu, game ini juga didatangkan khas untuk mobile iaitu sticker comel iMessage Life is Strange. Lebih-lebih lagi, anda boleh berkongsi perjalanan cerita dan membandingkan keputusan pilihan anda bersama-sama Facebook Friends.

Teringin nak main Life is Strange dalam Android? Dontnod mengesahkan Life is Strange akan tiba bagi versi Android pada awal tahun 2018.

Kalau anda ada iPhone 6, iPad 5, iPad Air 2, and iPad Mini 3 dan peranti lebih baru, anda boleh cuba dapatkan Life is Strange di iOS bermula pada 14 Disember ini dengan harga RM12.90.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.