Selami Arcadia Bay dalam bentuk komik pula.

Video game Life is Strange dilancarkan pada tahun 2015.

Penerbit komik terkenal, Titan Comics bekerjasama dengan Square Enix bagi melancarkan komik Life is Strange yang dijangka akan keluar pada tahun ini.

Komik Life is Strange akan dilancarkan dalam empat jilid dan memberi kesempatan kepada peminat untuk menyelami semula kisah karakter yang tinggal di Arcadia Bay.

Penerbit komik terkenal ini memberikan gambaran Blackwell Academy yang mungkin menjadi latar belakang penting dalam komik Life is Strange ini.

Banyak kenangan berlaku di Blackwell Academy.

Setakat ini, Titan Comics belum mendedahkan penulis dan pelukis kepada komik empat jilid ini. Maklumat lanjut akan diumumkan lagi, mungkin di Chicago Comic & Entertainment Expo (C2E2) pada minggu hadapan.

Dibangunkan oleh Dontnod Entertainment, Life is Strange merupakan game berepisod naratif, fokus terhadap Max Caulfield yang memiliki kuasa mengawal masa. Game ini telah dilancarkan untuk PC, PS4, Xbox One serta iOS dan kini dalam perancangan untuk sekuel.

Life is Strange: Before The Storm ialah prekuel dilancarkan pada Ogos tahun lepas.

Selain itu, terdapat sebuah prekuel dibangunkan oleh Deck Nine Games berjudul Life is Strange: Before The Storm. Prekuel ini menyentuh tentang perjalanan hidup Chloe Price tiga tahun sebelum kejadian Life is Strange. Episod ketiga dan terakhir baru dilancarkan pada Disember tahun lepas untuk PC, PS4 dan Xbox One.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.