Lenovo Legion Y720 Tower dan Legion Y520 Tower telah dilancarkan bagi pasaran Malaysia!

Lenovo Malaysia telah melancarkan 2 produk baru berprestasi tinggi di Menara OBYU, Damansara hari ini iaitu Legion Y720 Tower dan Legion Y520 Tower. Kedua-dua produk ini telah diumumkan di Gamescom yang berlangsung di Jerman beberapa bulan yang lepas.

Bagi mereka yang berminat, pelbagai pilihan bagi CPU dan GPU boleh dibuat untuk kedua-dua gaming desktop ini.

Bagi Legion Y720 Tower, berikut adalah pilihan yang disediakan untuk CPU dan GPU.

CPU:

  • Intel Core i7-7700
  • Intel Core i5-7400

GPU:

  • Nvidia GTX 1070 8GB
  • Nvidia GTX 1060 6GB
  • Nvidia GTX 1050 Ti 4GB

Selain daripada itu, Legion Y720 Tower turut akan dilengkapi dengan 512GB SSD, 2TB HDD serta 32GB GDDR4 RAM.

Harga bagi Lenovo Legion Y720 Tower bermula pada RM 7,799.

Legion Y520 Tower boleh didapati pada harga yang lebih murah iaitu pada RM 4,999 dan dilengkapi dengan 256GB SSD, 2TB HDD dan 16GB DDR4 RAM. Berikut pula adalah pilihan yang disediakan untuk CPU dan GPU.

CPU:

  • Intel Core i7-7700
  • Intel Core i5-7400
  • Intel Core i3-7100

GPU:

  • AMD RX 560
  • Nvidia GTX 1060 3GB
  • Nvidia GTX 1060 6GB
  • Nvidia GTX 1050 Ti

Saksikan galeri pelancaran Legion Y720 Tower dan Y520 Tower dibawah.

Comments

comments