Hari ini, Lenovo telah memperkenalkan laman jualan rasmi mereka dalam laman web pembelian gergasi Asia Tenggara, Lazada.

Bersempena dengan pelancaran ini, Lenovo akan menawarkan Lenovo IdeaPad 120S secara eksklusif di laman rasmi mereka di Lazada bermula hari ini. Lebih menarik, bagi 100 pembeli pertama IdeaPad 120S (2TB) ini, diskaun sebanyak RM100 akan diberikan!

Lenovo IdeaPad 120S kini berharga RM999 di Lazada.

Korang boleh lawati laman jualan rasmi Lenovo di laman web Lazada di sini.

“Hari ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam misi kami untuk menyediakan dengan lebih baik kepada pelanggan kami di Malaysia,” kata Khoo Hung Chuan, General Manager, Lenovo Malaysia and Singapore dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan. “Dengan keupayaan untuk menjual produk kami yang memenangi banyak anugerah dan jauh ke hadapan di platform e-dagang nombor satu negara, rakyat Malaysia boleh mengelak kesesakan orang ramai dan memilih dan membeli produk kami dengan satu klik sahaja.”

Comments

comments