Semoga gamers masa hadapan semuanya macho, sado, slim dan melim.

Skyrim VR baru sahaja dilancarkan, dan seorang gamer bernama elliotttate di Reddit telah melaporkan bahawa beliau telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 pound (~4.5kg)!

Gamer ini bermain dengan Skyrim secara fizikal dan immersion penuh! Beliau mengelak serangan panah dan magik musuh dengan bergolek. Beliau turut membaca kesemua dialog karakternya kuat-kuat serta tidak menunggang kuda ataupun menggunakan fast travel!

Sebaliknya, beliau bergerak merentasi dunia Skyrim dengan berjalan, berjogging dan berlari pecut setempat! Dengan cara ini, beliau bukan sahaja berjaya ‘hidup’ di dalam dunia Skyrim, bahkan turut bersenam.

“Saya menyusun beberapa tikar yoga di dalam bilik, pakai kasut sukan dan halakan kipas ke arah saya semasa bermain. Dengan mod Skyrim yang tersedia, saya bermula dengan hanya pilih halatuju dan berlari di dalam dunia indah Skyrim selama 30 minit!”

Selepas itu beliau memainkan segala quest, bercakap dengan NPC dan cuba bermain game tersebut dengan sefizikal mungkin.

Semestinya ini berita gembira untuk gamers yang ingin bermain game dan bersenam pada masa yang sama. Ada yang nak cuba ke? Kongsikan dengan kitorang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.