Tahun 2017 masih belum berahkir, namun Steam sudah mengeluarkan rekod untuk jumlah video game yang telah dikeluarkan pada tahun ini

Sejak awal tahun ini, terdapat lebih dari 6,000 video game yang telah dikeluarkan di Steam. Data ini dikongsi di Twitter oleh seorang penganalisis bernama Daniel Ahmad. Yang berkata data itu telah diambil sejak pada awal November.

Jumlah itu telah menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Apa yang menariknya, jumlah 6,000 itu bukanlah bilangan video game terbesar dalam sejarah Steam. Ia lebih dari itu. Jumlah 6,000 itu adalah hampir sama banyak dengan video game yang dikeluarkan di Steam dari tahun 2005 sehingga 2015.

Ini juga ada kaitan dengan pelancaran penggantian Steam Greenlight, Steam Direct pada bulan Jun. Steam Direct dicipta untuk memudahkan pembina video game untuk mengeluarkan video game mereka di Steam, tapi Valve mengharapkan bayaran $100 akan menghalang pengilang aset dan produk shovelware lain.

Ini nampaknya tidak berhasil kerana pengguna masih boleh cari video game jenis itu di Steam. Penyelesaiannya, menurut Valve, adalah dengan melakukan perubahan cara Steam beroperasi kepada pengguna. Memastikan game itu dapat ditanam. Proses beberapa langkah ini bermula dengan algoritma cadangan yang cuba untuk mencipta profil berdasarkan apa yang dicari dan diminati mengikut citarasa pengguna Steam.

Ini juga membawa kepada Steam Curators, sistem yang akan mendapat kemaskini tidak lama lagi untuk menjadikannya lebih relevan. Discovery Queue dan pilihan carian baru mungkin juga akan memudahkan pengguna. Tapi kita perlu masih menunggu sebelum semua sistem ini akan berfungsi kepada pengguna sebelum kita boleh betul-betul memutuskannya.

Comments

comments