Banyak jugak pendedahan diberikan oleh Mark Darrah, penerbit eksekutif Anthem di Twitter.

Antara maklumat yang dikongsikan Mark adalah tentang Javelins, armor exoskeleton yang akan dipakai karakter Freelancer korang di dalam Anthem nanti.

Korang akan boleh membuat beberapa loadout Javelins mengikut cara-cara permainan yang ingin korang mainkan. Bagaimanapun, korang takkan boleh bertukar-tukar loadout senjata dan item semasa di dalam mission seperti di dalam Mass Effect: Andromeda mahupun Destiny 1.

JomBaca: Anthem Takkan Ada Sistem Lootbox, Tapi Ada Sistem Microtransaction Telus Dan Bukan Pay-To-Win!

Bercakap tentang senjata dan item yang drop semasa mission pula, level item akan meningkat bersama level karakter Freelancer korang. Item yang drop juga akan mengikut Javelin yang dipakai pada waktu itu. Sebahagian item akan drop semasa mission, manakala ada item yang boleh ditemui semasa menerokai dunia Anthem, termasuk di dasar tasik, sungai dan sebagainya.

Beberapa maklumat lain turut didedahkan seperti:

  • Takkan ada sistem trading item semasa launch
  • Walaupun tidak dalam skuad yang sama, pemain lain boleh berinteraksi dengan kita. Pemain random boleh revive kita jika kita kantoi dalam mission.
  • Takkan ada pertempuran menentang Javelins musuh.
  • Takde ciri friendly fire
  • Makhluk Scars bukanlah alien, tapi bukan juga manusia. Hmmm
  • Korang boleh upgrade Javelins korang untuk terbang lebih lama
  • Javelins korang takkan hancur musnah dalam mission
  • Mungkin Javelins dengan kebolehan lain akan diperkenalkan termasuk Javelin-melee (tempur tanpa senjata) ataupun senjata melee yang boleh digunakan Javelins pelbagai class
  • Anthem akan menampilkan mode buta warna
  • Korang boleh reset dan respec skill Freelancer korang
  • Tiada crossplay antara console dan PC buat masa ini
  • Mission 4-orang boleh disetelkan secara solo
  • Ada fall damage, jadi jangan habis minyak bila terbang pulak
  • Semua Javelins mempunyai halaju pergerakan yang sama di luar pertempuran
  • Semua Javelin diunlock mengikut mission pilihan korang

Mark dan pasukan Anthem nya akan terus menerus menjawab persoalan yang ditanya gamers. Jadi, kalau korang ada persoalan, tanya kat Twitter dia terus. Kalau tak, tunggu aje kitorang umumkan di JomGaming.

Anthem akan diterbitkan bagi platform PS4, Xbox One dan PC pada 22 Februari 2019 nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.