Artikel ini ditulis dan dikongsi oleh seorang sahabat kami, Waghih. Korang boleh baca artikel asal yang ditulis oleh beliau di lamannya yang menumpukan kepada berita League of Legends, Liga Lagenda.

Pengenalan

Pada ‘posting’ yang lepas, penulis ada menceritakan kisah Champion Kayn yang mempunyai hubung kait dengan bangsa Darkin begitu juga dengan hubungan istimewa beliau dengan Champion Zed. Kali ni, penulis nak cerita pasal asal-usul Champion baru pula iaitu Ornn. Seperti korang sedia maklum, Ornn merupakan tukang besi terunggul daripada wilayah Freljord.

Untuk pemahaman lebih lanjut, setiap Champions yang ada dalam League of Legends mempunyai geng-geng mereka yang tersendiri atau lebih dikenali sebagai ‘faction’ seperti Demacia, Noxus, Ionia, Bandle City, Freljord dan sebagainya. Semuanya memiliki kisah sejarah yang berbeza namun saling berkait rapat antara Champions tersebut.

Sekiranya korang peminat ‘lore’ League of Legends, sudah tentu korang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai zaman kewujudan awal wilayah Freljord.

Di atas merupakan contoh-contoh ‘faction’ yang ada dalam League of Legends. Kesemuanya memiliki sejarah yang tersendiri.

Freljord merupakan suatu wilayah yang unik kerana wilayah ini saja yang memiliki salji dan lebih sejuk berbanding wilayah-wilayah lain di alam League of Legends. Hampir semua Champions yang berasal dari wilayah ini, memiliki ‘skill-shots’ yang berkait rapat dengan ais seperti Champions Ashe, Braum, dan Sejuani.

Penulis gelarkan Champion Ornn ini sebagai ‘The Cradle of Freljord’ kerana tidak terbentuknya wilayah Freljord yang korang sedia tau tanpa kewujudan Champion berketurunan demigod ini. Mahu tahu lebih lanjut? Teruskan membaca di bawah.

Kisah Permulaan Ornn

“Saya tidak pernah melihat dewa yang telah dilupakan ini. Walaupun nenek saya pernah menceritakan kisah Ornn, namun beliau juga tidak pernah melihat dewa tersebut – begitu juga dengan moyang-moyang yang sebelumnya, sebanyak 1000 keturunan yang lepas. Lagenda dewa ini kian dilupakan. Namun jika banyak kajian dibuat untuk memahami asal-usul nenek moyang kita, lebih banyak kebenaran yang akan diketahui dalam kisah lagenda ini.”

Riak wajah kanak-kanak yang penat itu berubah untuk seketika.

“Dewa sebenarnya wujud dan berdekatan dengan kita, sama ada di atas langit, alam sekitar ataupun di sebalik bintang-bintang di angkasa. Kita hanya perlu mencari pertolongan daripada mereka, supaya kita dirahmati dari segi hati dan segala perbuatan yang dilakukan. Sebagai contoh, suasana di atas laut, ianya begitu sejuk sehingga bebola mata kamu semua boleh membeku di dalam soketnya. Ia adalah kisah benar! Tetapi apabila para pelayar menggosok muka mereka dengan ‘blubber’ (sejenis lemak daripada haiwan mamalia laut seperti ikan paus) dan berfikir mengenai ‘Seal Sister’, nama sebenarnya yang telah dilupakan, nescaya mereka akan dilindungi daripada yang angin lautan yang begitu sejuk.

“Selainnya, seperti Volibear, tidak mahu kisah lagendanya dilupakan, dan masih berdiri kuat di dunia ini. Beliau mahukan pengorbanan dan memaksa ketaatan daripada pengikutnya, sama seperti Ursine…”

Mereka pernah mendengar kisah keji yang dilakukan oleh beruang tersebut. Ketakutan menyebabkan kanak-kanak tersebut duduk berdekatan dengan unggun api.

“Oh ya, kanak-kanak sekalian – kita akan bercerita lebih lanjut mengenai beruang ini, namun saya tak galakkan kamu semua tahu lebih lanjut mengenainya.”

Seperti nenek saya pernah cakap, jika kamu bersandar berdekatan dengan api, mereka adalah milik kamu.

“Sebaliknya, kisah ini adalah mengenai kumunculan dewa-dewa terawal…”

Pembentukan Wilayah Freljord

Lembah Freljord pada zaman moden. Champion di dalam gambar ini adalah Ashe.

Ornn merupakan anak sulung daripada beberapa orang adik beradiknya. Beliau membuat kemunculan di dunia, mahukan sesebuah pertarungan. Ia bukanlah tugas yang mudah. Pokok-pokok adalah lawan yang lemah, begitu senang untuk mematahkannya. Bongkah ais cair di tangan Ornn, yang kembali mengalir di lautan.

Ornn merupakan demi-god dan mempunyai kuasa yang begitu dahsyat. Kalau korang baca kisah selanjutnya di bawah ni, Ornn sebenarnya “bergusti” dengan alam semula jadi. Sambil-sambil “bergusti” itu beliau sebenarnya membentuk wilayah Freljord.

Dengan perasaan kecewa, beliau menumbuk pula sebuah gunung. Namun tiada apa-apa yang terjadi. Ornn berasa gembira dengan situasi ini, dan beliau mahu mencabar tanah tersebut dalam sebuah perlawanan.

Sambil Ornn berlawan dengan tanah tersebut, beliau sebenarnya telah membentuk lembah Freljord seperti yang kita ketahui kini. Beliau menanduk gunung-gunung di sekitar dan membuat lembah yang begitu dalam. Apabila beliau penat, Ornn mengucap terima kasih kepada tanah atas perlawanan yang hebat.

Tanah pula menjawab dengan membuka suatu lubang berapi, menunjukkan beliau hatinya. Ornn merasa bangga melihat lubang tersebut kerana ia sebenarnya merupakan pantulan diri beliau sendiri. Tanah tersebut mengiktiraf kehebatan Ornn, dan berkongsi sebuah rahsia kepada beliau dengan memberikan kekuatan api daripada zaman purba, kerana api adalah pengubah kepada segala-galanya.

Ornn melihat ke arah pemandangan di sekitar beliau, hasil daripada pertarungan yang lepas dan mengangguk setuju. Kuasa itu yang beliau mahukan. Selepas itu, Ornn mula menceburi diri dalam bidang pembuatan peralatan dan juga senjata.

***

Moyang saya mesti tengah tersenyum ketika ini, salji ringan mula jatuh dari langit. Serpihan salji yang lembut jatuh dekat kanak-kanak tersebut.

“Pernahkah kalian tahu sebenarnya Freljord dulu tiada salji?” saya bertanya kepada mereka. Kanak-kanak tersebut menjadi keliru. “Ia benar, kawasan kita paling sejuk di seluruh dunia, namun pada zaman kewujudan terawal Freljord, hanya wujudnya udara kering, dan tiada ribut petir…”

Akan bersambung dalam Bahagian Kedua…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.