Bersedia untuk memanah masuk ke dalam satu lagi makam.

Tomb Raider akan tiba di pawagam pada tahun hadapan tapi mari kita lihat gambar terbaru pemenang Oscar, Alicia Vikander beraksi sebagai karakter yang sudah lama mewarnai industri game.

Sebelum ini, watak Lara Croft pernah dibawakan oleh Angelina Jolie namun Alicia mengatakan bahawa untuk versi filem kali ini membawa Lara Croft ke suatu tempat berbeza.

“Saya agak terkejut mak saya pun tahu siapa Lara Croft kerana Angelina Jolie berjaya membawakan Lara Croft sehingga dikenali ramai dan saya amat teruja membawa karakter ini pada sisi yang berlainan.”

Menurut temuramah Alicia bersama Entertainment Weekly berkata, “Lara sentiasa mempunyai kekuatan, kepandaian dan perasaan ingin tahu sepanjang hidupnya tapi dia tidak mempunyai apa-apa pengalaman. Ini hanya sekadar permulaan.”

Alicia berkongsi betapa peritnya untuk membawakan watak Lara Croft tetapi latar belakang Alicia sebagai seorang penari membolehkan Alicia bersiap sedia dengan aksi lasak Lara.

“Saya pernah menghabiskan masa dua hari terakhir penggambaran di dalam satu tangki dan hari itu termasuk dalam 16 hari saya basah lencun atau tenggelam terus dalam air.

Untuk satu babak aksi, mereka campak saya masuk ke dalam sungai dengan tangan saya diikat sebanyak 50 kali! Tak perlu pun berlakon, saya terus beri tindak balas,” kata Alicia sambil tergelak.

Filem Tomb Raider turut dibintangi oleh Dominic West sebagai bapa Lara, Walton Goggins sebagai penjahat dan Daniel Wu sebagai seorang kapten bersama Lara dalam pengembaraannya serta diarah oleh Roar Uthaug terkenal dengan filem The Wave.

Saksikan detik permulaan yang akan membentuk Lara Croft dalam Tomb Raider pada 16 Mac 2018.

Comments

comments