Pastinya antara laptop paling berprestasi tinggi buat masa ini.

Dikenali sebagai Predator 21 X, Acer telah memperkenalkan sebuah lagi laptop gaming bagi siri Predator mereka.

Predator 21 X didatang dengan CPU Intel Core i7-7820HK dan digandingkan dengan 2 GeForce GTX 1080 yang akan bertindak dengan teknologi SLI. Laptop ini mampu memberikan paparan grafik dengan resolusi 2560×1080 dengan 120Hz dan ianya mampu dinaikkan jika disambung ke paparan 4K.

Laptop gaming ini juga didatangkan dengan DDR4-2400 RAM sebanyak 64GB, yang sesungguhnya memadai untuk menampung kebolehan gamingnya. Acer tidak mengumumkan apakah konfigurasi sebenar bagi HDD laptop gaming ini tetapi hanya menyatakan bahawa ia boleh memuatkan sebanyak empat 512GB SSD dan sebuah 1TB HDD dengan kebolehan melakukan konfigurasi RAID 0.

Keyboard bagi Predator 21 X akan menggunakan Cherry MX Brown dan setiap satunya akan mempunyai backlight yang tersendiri. Sistem audionya direka untuk memberikan pengalaman optimum ketika sesi gaming dengan memberikan sistem tweeter, midrange, dan woofer dalam laptop ini.

Acer Predator 21 X akan mula dipasarkan pada Februari dan berharga pada USD8,999 (~RM40,450).

Comments

comments