Nak naikkan level korang dengan cepat? Tak payah susah-susah.

Korang kini boleh mengupah gamers profesional untuk mainkan game Call of Duty korang. Sebuah syarikat di United Kingdom, Bidvine menyediakan servis dengan bayaran GBP15 (~RM82) atau GBP20 (~RM109) untuk korang upah gamers profesional memainkan akaun Call of Duty korang, menurut laporan PC Games Insider.

Antara servis yang mereka tawarkan adalah menaikkan rank, meng-unlock fungsi tambahan dalam game, memperbaiki nisbah kill/death (KDR) dan banyak lagi.

Bagi mereka yang ingin mendaftar sebagai “gamers profesional” ini, mereka perlu menunjukkan identifikasi dan membuktikan keupayaan mereka sebelum layak diupah. Bidvine menyatakan bahawa mereka adalah syarikat pertama yang menyediakan servis seperti ini.

“Francais game Call of Duty adalah salah satu yang terbesar di dunia, dan setiap kali mereka melancarkan game baru, ia adalah satu perlumbaan untuk meng-unlock senjata-senjata terbaik, karakter dan camos – dalam masa yang sama menyaksikan siapa yang akan mendapat prestige dulu,” kata Russ Morgan, pengasas bersama Bidvine.

Morgan turut mengatakan bahawa mereka telah menerima banyak pendaftaran untuk servis itu. “Kebangkitan gaming secara profesional telah menjadi popular sejak beberapa tahun ini, dan terdapat ribuan pemain yang boleh membantu pemain lain dalam kalangan kita yang kurang mempunyai masa,” ujar Morgan lagi.

Siri terbaru francais ini, Call of Duty: WWII kini boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Call of Duty: WWII Akan Mengembalikan Pengalaman Mode Zombie Yang Mantap!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.