Kalau berjaya dapat saguhati sehingga USD20,000!

Nintendo ingin menawarkan ganjaran wang tunai kepada hacker yang berjaya mengeksploitasi sebarang kepincangan dalam sistem 3DS mereka! Sebarang cubaan yang berjaya akan menerima dari minimum USD100 sehingga ke USD20,000!

Tawaran yang dibuka di laman HackerOne ini menggariskan beberapa aktiviti yang menjadi sasaran buat para hackers – cetakrompak, penipuan dan penyebaran content yang tidak sesuai bagi kanak-kanak.

Tawaran bug bounty sebegini semakin menjadi kebiasaan bagi syarikat tech masakini yang mengupah pakar untuk mencari kelemahan di dalam sistem mereka.

HackerOne juga memiliki senarai klien yang cukup gah seperti Starbucks, Kaspersky Lab, Yelp, Open-Xchange, OLX, Uber, Imgur, Dropbox, Snapchat, Ubiquiti Networks, Adobe, Vimeo, Twitter, Urban Dictionary, Yahoo dan Pornhub.

Korang berminat? Cubalah mendaftar ke laman HackerOne itu dan kasi Nintendo goyang!

Comments

comments