Malaysia Boleh!

Peringkat kelayakan Malaysia baru sahaja berakhir malam tadi, dan wakil-wakil negara ke International e-Sports Federation (IeSF) World Championship 2017 telahpun terpilih!

Pencarian kontinjen Malaysia bagi League of Legends, CounterStrike: Global Offensive dan Tekken 7 bermula dengan group…

Posted by JomGaming on Sabtu, 26 Ogos 2017

IeSF World Championship yang sudahpun memasuki tahun yang ke-9 ini merupakan acara esport antarabangsa yang menampilkan wakil-wakil esports dari negara-negara ahli IeSF. Tahun ini, acara ini akan berlangsung di Busan, Korea dari 9 – 12 November, 2017.

Pencarian kontinjen Malaysia bagi League of Legends, CounterStrike: Global Offensive dan Tekken 7 diteruskan pula di…

Posted by JomGaming on Sabtu, 26 Ogos 2017

Selepas peringkat kelayakan yang diadakan sepanjang hujung minggu di Digital Fortress E-Sports Arena dan Orange Esports Stadium, inilah dia kontinjen esports Malaysia ke IeSF World Championship 2017 nanti.

Malaysia akan menghantar kontinjen yang terdiri daripada pasukan CounterStrike: Global Offensive, League of Legends dan Tekken 7 seperti berikut:

Counter Strike:Global Offensive: Pasukan Fire Dragoon
1) Taschvind ‘Taz’ Sielan Jayasielan
2) Ahmad Khalish ‘d4v41’ Rusyaidee Bin Nordin
3) Muhammad Ridzuan ‘3nable’ Hazi Bin Hasnul Hazi
4) Muhammad ‘Click-’ Idzni Bin Rosdi
5) Lee ‘y00ngHwe1’ Yoong Hwei

League of Legends: Pasukan Rough Life
1) Khoo ‘RL Albin’ El Bin
2) Loo ‘RL Lavender’ Kah Yew
3) Yap ‘chuer bae’ Li Aw
4) Liew ‘RL KURURU’ Khai Chun
5) Hong ‘RL ShiroNeko’ Kar Yi
6) Louis ‘RL Imanotgod’ Wong

Tekken 7:
1) Muhammad Zarif ‘HXI | ZABA’ Aiman bin Aris

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, kesemua peserta ini akan menadapat tajaan penuh perjalanan dan tempat tinggal ke Busan daripada AMD dan OMEN by HP, dan di IeSF World Championship nanti, mereka akan merebut wang hadiah kemenangan bernilai bernilai RM204,000++ dengan pecahan wang kemenangan mengikut game seperti berikut:

Counter Strike: Global Offensive – Prize Pool RM75,000++
Juara: RM38,000++
Naib Juara: RM22,000++
Tempat Ke-3: RM15,000++

League of Legends – Prize Pool RM75,000++
Juara: RM38,000++
Naib Juara: RM22,000++
Tempat Ke-3: RM15,000++

Tekken 7 – Prize Pool RM15,000++
Juara: RM7500++
Naib Juara: RM4500++
Tempat Ke-3: RM3000++

Juara Keseluruhan Kontinjen Negara: RM38,000++

Syabas diucapkan kepada Fire Dragoon CS:GO, RoughLife dan HXI | ZABA – semoga kejayaan mengiringi korang ke Busan, Korea nanti. Julang bendera Malaysia di pentas esports dunia, guys!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.