Versi khas untuk para pemain mencuba game bola sepak terkini keluaran Konami.

Anda kini sudah boleh memuat turun PES 2017 Trial Edition, sebuah game versi percuma untuk PES 2017, di mana game penuh tersebut telah dilancarkan pada September 2016.

Dalam edisi sebelum ini, PES 2016 turut memiliki versi percumanya, namun ia hanya eksklusif untuk PS4 dan PS3. Kini, ia boleh didapati di semua platform – PC, PS4, PS3, Xbox One dan Xbox 360. Versi percuma PES 2017 juga dikeluarkan lebih awal selepas game penuhnya dilancarkan jika dibandingkan dengan versi percuma PES 2016 tahun lalu.

pes-2017-versi-percuma

Jika dilihat dengan sekilas, PES 2017 Trial Edition ini mirip dengan versi demonya. Tetapi, melalui versi percuma ini, ia ditambah dengan game mode terbaru, iaitu PES League – yang memfokuskan kepada eSports bagi siri ini. Mode terbaru PES League ini juga telah ditambah ke dalam game penuh PES 2017.

Berikut adalah apa yang ditampilkan dalam PES 2017 Trial Edition:

  • 9 pasukan berlesen – Arsenal, Barcelona, Atletico Madrid, Boca Juniors, River Plate, Corinthians dan Flamengo serta pasukan kebangsaan Jerman dan Perancis.
  • Dua pilihan stadium untuk dimainkan – Camp Nou dan Neu Sonne Arena
  • Game mode Exhibition Match
  • Game mode Skills Training
  • Game mode PES League

pes-2017-barcelona

Minggu lalu, PES 2017 telah ditampilkan dengan kemaskini Data Pack 2.0 –  membawakan beberapa stadium baru, kemaskini wajah para pemain dan banyak lagi.

Comments

comments