Come On You Gunners!

Menampilkan kelab-kelab daripada Liga Perdana Inggeris sememangnya sukar untuk siri PES, kerana pesaing utamanya, FIFA memiliki hak eksklusif bagi liga paling popular di muka bumi itu. Dalam PES 2018, hanya dua kelab daripada England yang dibawakan secara berlesen, iaitu Liverpool dan Arsenal.

Konami telah lama mengumumkan kerjasama bersama Liverpool, dan terkini, mereka telah mengumumkan pula kerjasama bersama Arsenal sebagai rakan kongsi rasmi. Kerjasama ini akan melanjutkan lagi perjanjian yang telah mereka jalinkan sebelum ini, dengan beberapa penambahan kandungan yang baru sahaja didedahkan.

Kata Konami, mereka akan melancarkan satu kemaskini pada masa akan datang, membawakan penambahbaikan kepada satu-satunya pasukan yang pernah “Invincibles” dalam Liga Perdana Inggeris ini.

Konami akan mencipta semula skuad utama Arsenal dengan menggunakan sistem pengimbasan 3D bagi memastikan wajah dan fizikal para pemain, serta taktikal dan cara bermain mengikut seperti Arsenal dalam dunia sebenar.

Selain itu, Konami akan diberikan akses sepenuhnya ke dalam Emirates Stadium untuk mencipta stadium keramat The Gunners ini ke dalam PES 2018.

Semua kandungan ini akan Konami lancarkan dalam kemaskini yang mereka belum dedahkan tarikhnya.

PES 2018 kini boleh dimainkan di PC, PS4, PS3, Xbox One dan Xbox 360.

JomBaca: Konami Akhirnya Buang Muka Neymar Daripada Semua Skrin Utama PES 2018

Comments

comments