Koleksi game kali ini diserikan dengan satu game PS VR percuma.

Anda boleh mula menambah game ke dalam koleksi game PlayStation bermula pada 7 September sehingga 4 Oktober 2017!

Jom kita lihat lima game ditawarkan bagi bulan September khas untuk PlayStation Plus Asia (R3):

inFamous Second Son (PS4)

Siri game inFamous terkenal yang dibangunkan oleh Sucker Punch bersambung kembali dengan protagonis baru iaitu Delsin Rowe, seorang Conduit yang boleh menyerap pelbagai elemen seperti api, asap, konkrit atau bermacam-macam lagi.

Kehidupan Delsin menjadi kacau-bilau apabila kuasa unik Conduit menjadikan dia diburu oleh satu organisasi bernama Department of Unified Protection (D.U.P) yang bertanggungjawab untuk menangkap dan mengawal beberapa Conduit yang tinggal selepas kejadian berlaku dalam inFamous 2.

Antara keluarga dan kuasa Conduit, Delsin harus membebaskan diri daripada menjadi tahanan D.U.P dan berganding bersama Conduit lain di sekitar Seattle untuk menumpaskan D.U.P.

BOUND: Shattered Kingdom (PS4)

Tarian ialah satu ekspresi seni yang telah wujud sejak sekian lama dan gerak geri tubuh badan kita adalah salah satu cara untuk melepaskan stres.

Menari ke dalam minda seorang wanita yang membayangkan zaman kanak-kanaknya dalam dunia penuh imaginasi dan fantasi BOUND: Shattered Kingdom. Setiap gerak geri tarian membawa anda masuk ke dalam atmosfera besar disertakan sekali bersama cabaran platforming dan selami perasaan protagonis dalam perjalanan penuh emosi.

RIGS Mechanized Combat League (PS VR)

Sempena menyambut ulang tahun pertama PS VR, RIGS Mechanized Combat League membolehkan pemain duduk di dalam kokpit mengawal mecha besar dan berdepan dengan mecha-mecha lain. Alkisahnya 50 tahun akan datang, pertandingan perlawanan antara mecha menjadi suatu kelaziman dalam acara sukan di seluruh dunia.

Anda boleh bermain secara solo atau menyertai sesi multiplayer dan bertanding antara satu sama lain dalam pelbagai mode ditawarkan dalam game ini.

DEEMO: The Last Recital (PS Vita)

Hanya melodi piano bergema didengari oleh seorang entiti misteri dipanggil sebagai Deemo yang tinggal seorang diri di sebuah istana. Alunan muzik piano yang dimainkan oleh seorang perempuan cilik menghidupkan suasana di sekeliling istana namun bukan semua pihak sukakan pianonya.

DEEMO: The Last Recital menggunakan konsep game mobile seperti Cytus dan Piano Tiles memerlukan konsentrasi pemain untuk tekan semua not muzik dengan sempurna.

Tokyo Jungle (PS3)

Tiada lagi manusia tinggal di Tokyo, hanya tinggal haiwan yang menguasai kota metropolitan Tokyo bertukar menjadi satu rimba besar. Jadilah raja dan ratu rimba bertarung untuk kelangsungan hidup daripada dibaham oleh haiwan-haiwan lain.

Terdapat dua mode dalam game ini iaitu story mode yang memberikan satu jalan cerita tentang bagaimana haiwan menguasai Tokyo berkait paut dengan misteri kehilangan manusia dan juga multiplayer di mana pemain boleh bertarung untuk menyelamatkan haiwan mereka dan terus bersaing dalam leaderboard.

Tak sempat nak tengok game percuma untuk PS Plus bulan Ogos? Jangan risau anda masih lagi berpeluang penuhkan lagi koleksi game PlayStation anda sehingga 6 September 2017.

Comments

comments