Bulan kedua pada tahun 2018 menyusul untuk koleksi game percuma bagi pelanggan PlayStation Plus.

Jom kita lihat lima game yang bakal tiba pada 8 Februari sehingga 7 Mac untuk PlayStation Plus Asia (R3):

Evolve (PS4)

Anda bermain sebagai Hunters dalam game action multiplayer bertanggungjawab untuk memburu raksasa-raksasa alien berbahaya yang semakin berleluasa dalam kehidupan koloni manusia.

Hunters terbahagi kepada empat kelas iaitu Assault, Trapper, Support dan Medic yang mempunyai kebolehan mereka sendiri dan bekerjasama dalam satu pasukan berbentuk 4 orang. Anda juga berpeluang untuk bermain sebagai Monster ditugaskan untuk memburu Hunters.

Mighty No. 9 (PS4, PS3)

Dibawakan oleh pereka game Keiji Inafune yang pernah terlibat dalam pembangunan siri Mega Man, Mighty No. 9 fokus kepada game berbentuk 2D platformer yang diinspirasikan oleh Mega Man.

Mighty No. 9 adalah seorang android bernama Beck bersama seorang rakan bernama Call untuk menentang robot-robot yang sudah berpaling tadah sambil menyiasat siapa yang bertanggungjawab menukarkan robot ini menjadi ganas.

Grand Kingdom (PS4, PS Vita)

Sebuah game berunsur taktikal RPG, anda bermain sebagai ketua kumpulan upahan berjumpa dengan pelbagai karakter dari seluruh pelusuk Ulden Empire sedang bergolak dalam kancah perang.

Bergerak sebagai satu pasukan, anda bekerja untuk menyiapkan kontrak di empat negara dalam satu benua Ulden Empire.

Borderlands: The Pre-Sequel (PS3)

Setiap orang ada permulaannya termasuk Handsome Jack, orang jahat dalam Borderlands 2 bermula dari bawah ditugaskan untuk menjaga sebuah bulan Elpis milik Hyperion daripada diserang oleh pihak Dahl. Anda boleh memilih di antara empat karakter yang pernah muncul dalam siri Borderlands diupah oleh Handsome Jack untuk menyekang serangan pihak Dahl.

Seperti game Borderlands sebelum ini, anda boleh bermain seorang atau bermain bersama rakan-rakan baik online atau offline sehingga ke empat orang.

Selain itu, StarBlood Arena (PS VR) masih lagi dilanjutkan dalam koleksi game PlayStation Plus di bulan Februari ini.

Bagi yang belum mendapatkan lagi game-game percuma bulan lepas, anda boleh muat turun sebelum tiba 7 Februari 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.