Pejam celik pejam celik, kita sudah tiba ke penghujung tahun 2017! Jom tengok koleksi game percuma bagi bulan Disember.

Anda boleh mula dapatkan game percuma khas untuk pelanggan PS+ Plus pada 7 Disember sehingga 10 Januari 2018.

Jom kita lihat lima game yang bakal tiba pada bulan November untuk PlayStation Plus Asia (R3):

Ratchet & Clank (PS4)

Ratchet dan Clank bertemu kembali dan mengikuti jalan cerita serupa dengan game asal pertama pada tahun 2002. Mereka berdua bergabung tenaga menentang Chairman Drek tapi kali ini, berlawan dengan lebih bergaya dan bertenaga! Lepas habis game ini, korang boleh tonton filem animasi Ratchet and Clank pula (saya pun terkejut Ratchet & Clank ada filem).

KNACK (PS4)

Bukan sekadar hero biasa, Knack memperoleh suatu kuasa yang membolehkan dia menukar bentuk menjadi kecil-kecil cili api atau menjadi gergasi macam Godzilla, terima kasih kepada satu relik kuno misteri. Apa yang dapat dia lakukan dengan kuasa sebegini? Mempertahankan manusia sejagat daripada diserang askar makhluk goblin.

Dungeon Punks (PS4, PS Vita)

Rekrut enam hero mutant yang mempunyai skil berbeza-beza untuk menghasilkan mantera magik dan combo attack dalam game berbentuk RPG arked multiplayer. Selain itu, korang turut boleh bermain bersama-sama kawan dengan sistem tag-team melawan segala anasir jahat dan merampas kembali harta korang.

THE LAST BLADE 2 (PS4, PS Vita)

Antara game fighting yang terkenal wujud sejak 1998, The Last Blade 2 dikeluarkan kembali bersama dengan fungsi cross-play dan cross-save antara PS4 dan PS Vita. Pilih antara 18 wira pilihan yang mempunyai kekuatan mereka tersendiri dan bertarung dengan pemain lain melalui mod multiplayer!

Zombie Driver HD (PS3)

Apa akan jadi bila anda gabung segala game racing bersama-sama dengan game zombie yang wujud dalam alam video game? Macam tak logik kan? Cuba tengok trailer pemandu zombie ini.

Bagi pemilik PSVR, korang boleh dapatkan Until Dawn: Rush of Blood secara percuma sehingga 10 Januari!

Tak lihat lagi koleksi game percuma PS+ Plus bagi bulan November? Jangan risau korang masih lagi boleh dapatkan sehingga 6 Disember.

Sumber: PlayStation Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.