Pejam celik pejam celik, kita sudahpun sampai ke bulan terakhir bagi tahun 2016. Apa pula game segera yang bakal ditampilkan dalam langganan PlayStation Plus bulan ini?

Sony menampilkan koleksi game segera yang tidak kurang hebatnya bagi anda mainkan semasa cuti akhir tahun ini. Jom lihat apakah game-game yang ada untuk langganan PlayStation Plus bagi akaun Asia (R3):

  • Magicka 2: Base Edition (PS4)
  • √Letter-Root Letter- (PS4)
  • BadLand: Game of the Year Edition (PS4, PS4, PS Vita)
  • Tiny Troopers Joint Ops (PS4, PS4, PS Vita)
  • Hyper Void (PS4, PS4)

Berikut pula adalah Theme yang boleh anda dapatkan juga secara percuma:

  • PaRappa The Rapper™ 20th Anniversary Theme
  • Ajin 2 Theme

Senarai game ini boleh anda dapatkan dari 8 Disember 2016 hingga 5 Januari 2017.

Sumber: PlayStation Blog Asia

Comments

comments