Ding-Dang kembali lagi dengan game-game PERCUMA bagi subscriber Playstation+! Lara Croft dan kroni-kroni beliau mendahului title-title game percuma PS+ bagi bulan Ogos – termasuk empat (4) game yang boleh dimainkan di PS4. Apakah title-title game tersebut? Jom kita skodeng!

Akaun US & EU

Lara Croft & the Temple of Osiris (PS4)

Siapa yang suka tengok gadis adventurer ini melompat-lompat merentasi halangan dan menyelesaikan puzzle? Kitorang! Kali nih, cik adik manis Lara mengembara ke Egypt bagi mengalahkan dewa kegelapan Set!

Dengan cerita co-op 4 orang, korang kena bekerjasama mengembara dan mengalahkan gerombolan monster, menyelesaikan puzzle-puzzle yang ada dan mengelak dari jerangkap samar! Siapa antara korang berempat yang paling ohsem? Korang kenelah main dulu.

God of War: Ascension (PS3)

6 bulan selepas kematian isteri dan anak Kratos di tangannya sendiri, beliau dihumban ke dalam penjara bagi mereka-mereka yang terlaknat! Kratos bertarung menentang Furies dan menjalani ujian-ujian bagi mencari kebebasan dan pembalasan keatas dosa dan dendam yang dipikul di bahunya! Join abang sado nih hack n slash musuh-musuh beliau di dunia kegelapan Yunani!

Stealth Inc 2: A Game of Clones (PS4, PS3 & PS Vita)

Seterusnya, selamat datang ke alam pekerjaan dari neraka! Di dalam game ini, korang merupakan seorang klon yang cuba melarikan diri dari sebuah pusat ujikaji yang menakutkan! Game ini menguji kepintaran daya fikir korang dan kepantasan daya refleks merentasi 60 level permainan yang pelbagai!

CastleStorm Complete Edition (PS3 & PS Vita)

Siapa yang akan menang apabila Ksatria bertemu Viking? Castlestorm menggabungkan seni peperangan purba dan kemusnahan berasaskan Fizik 2D.Kawal arena peperangan secara real-time, gunakan segala kelengkapan perang yang ada, lancarkan serangan darat serta cast spell-spell yang ohsem! Game yang kelihatan mudah ini menjanjikan kempen solo dengan jalan cerita, online multiplayer, mod co-op dan banyak lagi!

Sound Shapes (PS4, PS3 & PS Vita)

Bermain Sound Shapes ini ibarat berada di alam mimpi. Bunyian dan bentuk menari-nari membentuk pengalaman ermainan platformer yang mengasyikkan. Korang boleh design level dan mengarang muzik korang sendiri! Kene cuba baru tahu!

Limbo (PS4)

screen800x500

Game hitam-putih klasik ini menjadikan korang seorang anak lelaki, yang mengembara merentasi lanskap ngeri lagi menakutkan dalam pencarian kakaknya yang hilang. Senireka dan muzik yang sangat bersesuaian dengan tema game ini – wajid dolod nih!

+++++

Secara ringkasnya, game-game baru PS+ bagi bulan Ogos adalah:

– Lara Croft and the Temple of Osiris (PS4)

– Limbo (PS4)

– God of War Ascension (PS3)*

– Stealth Inc 2: A Game of Clones (PS4, PS3, PS Vita)

– Sound Shapes (PS4, PS3, PS Vita)**

– CastleStorm Complete Edition (PS3, PS Vita)

*Tidak ditawarkan di Bahrain, Kuwait, Lebanon, Oman, Qatar, Saudi Arabia, UAE. Game gantian: Flow (PS4, PS3, PS Vita)

**Tidak ditawarkan di Saudi Arabia, Kuwait, Qatar, UAE, India and Turkey. Game gantian: Flower (PS4, PS3, PS Vita)

 

PS: Kalau game-game free nih masih belum dapat memuaskan hati korang, apakata kita tengok apa game-game yang ditawarkan di dalam Playstation Store Summer Sale yang bermula hari ini! Jom!

 

Comments

comments