Razer dan MOL Points telah berkolaborasi dan melancarkan pembayaran digital atau dikenali sebagai virtual credit yang bernama zGold-MOLPoints. Perasmian zGold-MOLPoints dilakukan selama tempoh dua hari di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

zGold-MOL Points adalah salah satu virtual credit yang digunakan untuk gamers. Sebelum kolaborasi ini, ia dinamakan sebagai Razer zGold yang boleh dibeli melalui MOL Points. Tetapi sekarang dengan kolaborasi mereka, MOL Points telah dijenamakan semula menjadi zGold-MOL Points.

ANTARA pengunjung yang hadir

Hasil kolaborasi ini, gamers dapat membeli zGold-MOLPoints lebih daripada 1 juta points dalam 17 negara dan dapat digunakan sabagai satu bentuk bayaran untuk lebih kurang 2,500 game yang berkait bersama rangkaian MOL dan pembangun game seperti Wargaming, Aeria Games, Webzen dan banyak lagi. Ini membuatkan zGold-MOLPoints virtual kredit yang terbesar untuk gamers di rantau Asia Tenggara.

MAJLIS pelancaran disertai Ketua Pegawai Eksekutif Razer Inc, Min-Liang Tan

Razer adalah salah satu jenama gaming yang terbesar di dunia. Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Razer Inc, Min-Liang Tan berkata “Kami daripada Razer ingin menghasilkan virtual kredit yang seragam dalam sistem gaming dan kolaborasi kami bersama MOL boleh membantu kami ke arah itu.

“Ini juga adalah salah satu cara untuk memudahkan gamers supaya membeli virtual credit dengan lebih mudah dan selamat. Selain jaminan kelancaran pembelian kredit, kami ada memberi lebih banyak ganjaran kepada gamers yang membeli zGold-MOLPoints.”

Ketua Pegawai Eksekutif Berkumpulan MOL Group Inc, Preach Praipattarakul pula berkata “Kami teruja untuk berkerjasama dengan Razer untuk melancarkan zGold-MOLPoints pertama kali di Malaysia. Hasil kolaborasi ini, gamers akan lebih senang untuk akses kandungan baru dan hadiah dalam game.”

Oleh kerana Asia Tenggara antara pasaran yang terbesar, mereka berharap untuk mencecah pendapatan lebih kurang AS$2.2 billion tahun ini. Ini akan mengubah keperluan gamers dan cara mereka membeli keperluan secara dalam talian di Asia Tenggara dan pasaran baru akan datang.

Majlis pelancaran zGold-MOLPoints AFK @ Malaysia telah dirasmikan oleh Pengasas Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Dato’ Vincent Tan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Razer Inc, Min-Liang Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif Berkumpulan, MOL Group Inc, Preach Praipattarakul.

Perasmian ini dikunjungi ramai gamers untuk menyambut kolaborasi mereka ini. Selain itu, pada hari pelancaran, mereka mempunyai aktiviti seperti pertandingan Overwatch, League of Legends dan Street Fighter V yang disekalikan dengan pameran Street Fighter V daripada Razer Xian. Selain itu terdapat sesi auto-graph bersama Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Razer Inc, Min-Liang Tan.

zGold-MOLPoints AFK @ Malaysia berlangsung di Berjaya Times Square, Ground Central daripada 11pagi hingga 8.30malam pada 19 Ogos 2017 hingga 20 Ogos 2017. Banyak Razer loot yang diberikan kepada pengunjung dan cosplayers pada event itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.