Boleh anda bayangkan bagaimana dunia gaming anda tanpa kehadiran francais FIFA?

Pernah atau tidak anda terfikir, bagaimana Electronic Arts, syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat – iaitu sebuah negara di mana sukan bola sepak tidaklah terlalu popular, boleh tergerak hati untuk membangunkan sebuah video game bola sepak pada era 90-an?

Francais FIFA keluaran EA Sports merupakan siri video game bergenre sukan paling popular di dunia. Ia telah berkembang dan merentasi dari zaman ke zaman – bermula dengan Amiga, ke Game Boy hinggalah ke generasi konsol kini, PS4 dan Xbox One.

Terbaru, menurut satu artikel yang diterbitkan The Guardian, kini kita telah mengetahui sebuah kisah di mana idea francais FIFA ini pernah ditolak oleh EA semasa era 90-an.

“Pernah terdapat keraguan di US tentang masa depan bola sepak,” kata pengasas EA, Trip Hawkins. “Tiada siapa yang peduli.”

Menurut bekas eksekutif EA, Mark Lewis pula, FIFA telah lahir daripada kejayaan EA dalam membawakan John Madden Football (nama lama untuk francais Madden). Lewis pernah pergi ke London pada tahun 1991 untuk menubuhkan pejabat EA yang baru. Beliau mencadangkan untuk syarikat itu boleh mendapatkan keuntungan yang besar di Eropah dengan memberikan peluang kepada developer di Eropah membangunkan sebuah game bola sepak baru yang boleh bersaing dengan game bola sepak yang popular ketika itu, Sensible Soccer.

“Hampir semua ahli organisasi di US membangkang idea kami,” kata Lewis. “Mereka merasakan bola sepak adalah sukan yang terlalu merumitkan.”

Seperti kata orang, selepas itu, semuanya menjadi sejarah. FIFA menjadi francais sukan paling laku saban tahun. Sentiasa menjadi game bola sepak yang sentiasa unggul di persada jualan setiap kali siri baru dilancarkan.

Anda boleh baca artikel penuh The Guardian ini mengenai pelbagai kisah di sebalik francais FIFA ini di sini.

Dalam berita FIFA yang lain, Ahli Parlimen Rusia baru-baru ini telah mengusulkan untuk mengharamkan FIFA 17 di Rusia kerana ia dikatakan telah menyokong kempen LGBT.

Comments

comments