Hidup para peminat tegar siri Battlefield kini dimudahkan dengan kemaskini terbaru.

DICE telah mengeluarkan kemaskini terbaru di PS4 dan Xbox One yang memudahkan para pemain untuk “melompat” dari Battlefield 4 ke Battlefield 1 atau sebaliknya. Harus diingat bahawa fungsi ini hanya akan berjaya sekiranya anda mempunyai sekurang-kurangnya satu, atau kedua-dua game ini secara digital.

Kemaskini terbaru ini telah menampilkan keupayaan di menu utama untuk pemain memilih sama ada untuk bermain Battlefield 4 atau Battlefield 1. Ia turut memudahkan untuk anda melihat server browser dan sertai rakan-rakan yang sedang bermain salah satu daripada game ini dengan lebih mudah. Di samping itu, ia turut membawakan pemain untuk melihat stats dan progression di kedua-dua game ini di menu utama juga.

Berikut adalah senarai pembaharuan yang ditampilkan dalam kemaskini terbaru ini:

General

Enabled game joining from Battlefield 4 to Battlefield 1
Browse Battlefield 1 games
Browse Battlefield 1 detailed stats
Join Battlefield servers
Join friends playing Battlefield 1

Battlefield career

View your combined Battlefield career stats
View Battlefield 1 and Battlefield 4 soldier progression
Added the Watch section where you can view content from all across the Battlefield franchise

Bugfixes

Fixed issues where player ends up in an offline state after getting back to menus from game play
Various server browser bug fixes
Enabled expansion packs in the in-game store on Xbox One
Fixed an issue where users could get the wrong background

Baru-baru ini, EA telah mengesahkan bahawa francais Battlefield tidak akan mendapat game baru dalam masa sekurang-kurangnya dua tahun akan datang.

Comments

comments