Kingdom Hearts (KH) merupakan antara game JRPG yang sangat disayangi oleh peminat mereka sejak zaman PS2. Sempena ulang tahun ke-15 francais KH, kita akan dapat peluang untuk mendengar balik soundtrack-soundtrack KH yang nostalgic pada 13 Mei 2017 ini!

khorch

Dengan adanya orkestra simfoni yang akan dimainkan lebih daripada 70 orang ini, kita bakal mendengar antara lagu paling disukai dan terbaik dari francais KH pasti akan membawa memori zaman PS2 kembali. Kacukan dunia fantasi Disney dan Square Enix ini amat lah memorable bagi gamers yang pernah memainkan game ini di pelbagai konsol diiringi sekali bersama video cinematic HD yang diarah oleh Tetsuya Nomura sendiri.

Tarikh sudah di tetapkan oleh Creon Asia semalam di facebook mereka, namun masih belum mendapat lokasi muktamad.

Wuuuu~ Tak sabarnya! Menjerit penulis bila tahu orchestra ini bakal turun ke KL. Sementara tunggu maklumat lanjut tentang KH World Tour dari pihak organizer, Creon Asia, meh penulis belanja favourite orchestra track dari francais KH.

Comments

comments