Kini semua gamers boleh gaming dengan selesa ikut citarasa masing-masing.

Gaming sememangnya satu hobi yang digemari manusia seluruh dunia, tidak mengira apa jua lapisan masyarakat dan latar belakang. Namun, bukan semua dapat bermain video game dengan selesa, terutamanya bagi golongan istimewa.

Oleh sebab itu, Microsoft telah tampil ke hadapan untuk membantu golongan kelainan upaya ini dengan memperkenalkan Xbox Adaptive Controller. Ia merupakan sebuah peranti khas yang boleh dimainkan di kedua-dua Xbox One dan Windows 10.

Controller yang berharga USD99.99 (~RM397) ini membawakan rekaan fizikal yang sangat berbeza daripada controller-controller yang biasa kita gunakan. Ia didatangkan bersama dengan butang-butang A, B, X, Y dan D-Pad yang besar serta lain-lain pengawal alternatif seperti analog berbeza, joystick dan pemijak kaki. Setiap butang tersebut boleh diubahsuai kedudukannya bagi memastikan keselesaan yang terbaik untuk pengguna.

Xbox Adaptive Controller dicipta dengan kerjasama beberapa organisasi dari seluruh dunia seperti AbleGamers, The Cerebral Palsy Foundation, Craig Hospital, SpecialEffect, dan Warfighter Engaged — yang mana mereka ini menyumbangkan bantuan kepada golongan yang mempunyai kelainan fizikal dan mental atau pergerakan yang terhad.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, bos Xbox, Phil Spencer menyatakan yang penciptaan controller ini sebagai satu perjalanan bagi rekaan inklusif, yang mana meraikan dan mewujudkan inspirasi daripada mereka yang sering tidak dipedulikan apabila tiba masa untuk membangunkan pilihan kawalan dan berfikir tentang game untuk gamer yang mempunyai ketidakupayaan atau pergerakan yang terhad.

Kata Microsoft, lebih banyak info akan dikongsikan mereka semasa E3 2018 nanti, serta maklumat untuk pre-order akan mereka dedahkan dalam masa terdekat.

Korang boleh saksikan bagaimana Xbox Adaptive Controller berfungsi melalui dua video bawah.

Comments

comments