Langkah yang cukup besar sedang dilakukan oleh Microsoft, sekiranya laporan ini benar.

Satu laporan terbaru telah menyatakan yang Microsoft kini sedang cuba untuk mengambil-alih Electronic Arts (EA), Valve dan PUBG Corp.

“Satu sumber boleh dipercayai yang rapat kepada Microsoft” telah memberitahu Polygon¬†(via IGN) tentang berita ini, melaporkan lagi bahawa “perubahan dalaman” Microsoft telah membawakan kepada pengambil-alihan ini.

Laporan ini disokong lagi oleh penganalisis daripada SuperDataResearch, Joost Van Dreunen, yang mengatakan beliau menjangkakan lebih banyak berita tentang pengambil-alihan ini dalam masa terdekat.

“Disebabkan kita berada dalam kitaran tentang perkara ini, saya menjangkakan untuk mendengar Microsoft mengumumkan sesuatu dalam masa yang sangat, sangat dekat,” katanya.

Sekiranya laporan ini adalah benar, ia pastinya bakal mengubah suasana industri gaming di seluruh dunia, lebih-lebih lagi apabila EA dan Valve merupakan syarikat penerbitan gergasi gaming yang cukup terkemuka.

Pengambil-alihan PUBG Corp. pula mungkin tidaklah sesuatu yang mengejutkan memandangkan Microsoft kini sedang memegang hak eksklusif sementara untuk PlayerUnknown’s Battlegrounds – dan langkah ini bagi memastikan ia menjadi hak eksklusif mutlak kepada Xbox bagi pasaran konsol.

Apa komen korang tentang khabar angin ini? Sekiranya benar, apakah perubahan yang bakal kita saksikan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.