GTA 6 akan mengambil tempat di dua lokasi iaitu Vice City dan Amerika Selatan serta akan menampilkan watak perempuan sebagai karakter utama. Mungkin akan dikeluarkan pada tahun 2022, menurut laporan terbaru.

Entri seterusnya dalam francais Grand Theft Auto akan berlatarbelakangkan di kawasan Miami atau South Florida versi Rockstar yang dikenali sebagai Vice City. Tetapi pemain juga boleh terbang ke Amerika Selatan untuk beberapa misi.

Buat kali pertamanya dalam francaisnya, GTA 6 akan menampilkan karakter perempuan sebagai salah satu peneraju utama. Walaupun tiada maklumat lanjut tentang sama ada pemain akan boleh mengawal lebih dari satu karakter seperti apa yang Rockstar sudah lakukan dalam GTA 5.

Untuk tarikh keluaran pula, game GTA 6 akan dilancarkan dalam 3 hingga ke 4 tahun akan datang. Memandangkan ketidakmampuan Rockstar untuk mengeluarkan banyak game dalam tempoh jangka pendek. Jadi korang mungkin perlu jangkakan yang ianya akan tiba di sekitar tahun 2022.

Kesemua maklumat ini datang dari The Know yang mengatakan “sumber dalaman” yang mendakwa GTA 6 dirujuk sebagai Project Americas di Rockstar. The Know sememangnya terkenal dalam menyebarkan khabar angin dan maklumat yang tertiris, seperti apa yang mereka sudah lakukan terhadap tarikh keluaran Dark Souls 3.

GTA 6 mungkin akan kembali ke lokasi Vice City atau Miami. Tapi tidak ada maklumat yang mengatakan protagonis asal, Tommy Vercetti akan kembali atau sebaliknya.

Selain lokasi Vice City dan Amerika Selatan, ada juga khabar angin yang mengatakan GTA akan berlatarbelakangkan di Tokyo, Jepun.

Terima kasih, VG247.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.